Utusan Borneo (Sabah)

Empat suspek ditahan polis dipercayai terlibat kes bunuh

Dipercayai terlibat kes bunuh seorang lelaki di sebuah ladang

- Oleh YUSOP TEPPO

KINABATANG­AN: Polis di sini menahan empat lelaki dipercayai terlibat dalam pergaduhan yang menyebabka­n seorang lelaki terbunuh dalam kejadian di sebuah rumah kongsi, sebuah ladang di sini pada malam Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kinabatang­an Superinten­dan A Sahak Rahmat berkata keempatemp­at suspek berumur lingkungan 16 hingga 29 tahun itu ditahan di tempat berasingan pagi kelmarin.

“Dalam kejadian kira-kira jam 7.45 malam itu, mangsa dikenali sebagai Andy Arif Fatah, berumur 47 tahun, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan yang dialaminya,” katanya.

Beliau berkata mangsa mengalami luka di bahagian tengkuk sebelah kiri, luka di bahu kiri, luka sebelah dalam siku kiri dan luka sebelah belakang kaki kiri.

Terdahulu itu, Sahak berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumka­n satu pergaduhan berlaku di antara dua lelaki di mana salah seorang daripadany­a disyaki meninggal dunia di tempat kejadian.

“Sehubungan itu, kira-kira jam 1.40 pagi, polis membuat tangkapan pertama terhadap seorang suspek di pejabat sekuriti, sebuah ladang di Sungai Segama dipercayai terlibat dengan kes berkenaan.

“Kemudian kira-kira jam 6.20 pagi kelmarin, tangkapan kedua terhadap seorang lagi suspek dibuat di sebuah perumahan ladang pekerja, di Litang Utara Kinabatang­an. Seterusnya polis membuat tangkapan terhadap dua orang lagi suspek,” katanya sambil menambah, kesemua suspek dibawa balik ke IPD Kinabatang­an untuk siasatan.

Sahak berkata siasatan polis mendapati pada hari kejadian berlaku pergaduhan di antara mangsa dengan suspek utama yang ditemani tiga lagi lelaki.

“Dalam kejadian itu, keempat-empat suspek membawa parang ke rumah mangsa. Punca kejadian adalah daripada masalah anak perempuan mangsa dengan suaminya (suspek utama) di mana anak perempuan mangsa telah tinggal di rumah ayahnya (mangsa) kerana suaminya seringkali mendera, memukulnya dan menyebabka­n anak perempuan mangsa tidak tahan dengan keadaan itu.

“Kedatangan seorang lelaki iaitu rakan mangsa di rumah mangsa menyebabka­n suspek datang ke rumah mangsa untuk memukul rakan mangsa,” katanya.

Bagaimanap­un katanya, mangsa telah menahan suspek daripada mendekatin­ya dan mengarahka­n rakannya itu lari. Ekoran itu, suspek telah melibas parang yang dipegangny­a ke arah mangsa tetapi sempat ditepis oleh mangsa menyebabka­n mangsa luka di bahu kiri dan sempat menolak suspek.

“Namun, salah seorang suspek datang dari arah belakang mangsa dan melibas parang ke arah sebelah kiri tengkuk mangsa menggunaka­n dua belah tangannya menyebabka­n kecederaan yang teruk di sebelah kiri tengkuk mangsa.

“Kemudian dia telah menghayun parang berkenaan lagi ke arah punggung mangsa dan menyebabka­n luka di bahagian bawah sebelah belakang punggung,” katanya.

Sahak berkata selepas mangsa terbaring, seorang lagi suspek telah menikam ke arah sebelah kiri mangsa sehingga siku sebelah dalam mangsa luka. Manakala seorang lagi suspek menetak kaki kiri mangsa.

Beliau berkata mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian dan diangkat oleh isteri mangsa ke dalam rumah sehingga pihak polis sampai di tempat kejadian.

“Mangsa dibawa ke Hospital Lahad Datu untuk tindakan lanjut,” katanya sambil menambah, polis turut merampas senjata yang dipercayai digunakan oleh suspek dalam kejadian itu.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

 ??  ?? SENJATA yang disyaki digunakan oleh suspek.
SENJATA yang disyaki digunakan oleh suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia