Utusan Borneo (Sabah)

SINDIKET DADAH TUMPAS

Tiga suspek ditahan, termasuk seorang wanita

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Satu sindiket pengedaran dadah yang menggunaka­n taktik baharu berjaya ditumpaska­n polis dalam serbuan kira-kira jam 3.30 petang Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M.Chandra berkata serbuan terbabit dibuat di hadapan sebuah premis makanan dan kawasan parkir di Likas Square, di sini.

Menurutnya tiga suspek ditahan iaitu dua lelaki dan seorang wanita berumur dalam lingkungan 27 hingga 36 tahun.

“Sindiket pengedaran dadah sering mengubah taktik dan cara pengedaran bagi mengaburi mata polis.

“Tangkapan kali ini menggunaka­n modus operandi dengan menyembuny­ikan dadah jenis syabu seberat kira-kira 304.44 gram di dalam satu kotak minuman,” katanya dalam satu kenyataan di sini kelmarin.

Beliau berkata serbuan dijalankan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu.

Chandra berkata hasil pemeriksaa­n terhadap suspek menemukan satu beg plastik berwarna hitam mengandung­i enam paket plastik lutsinar berisi hablur jernih disyaki dadah jenis syabu.

Beg plastik itu jelasnya disimpan di dalam kotak minuman yang terdapat di dalam beg tangan yang dibawa oleh suspek wanita.

Menurutnya dua suspek termasuk wanita berkenaan ditahan di hadapan premis makanan dan seorang lagi suspek ditangkap di kawasan parkir.

“Ujian air kencing mendapati seorang suspek lelaki positif dadah dan nilai rampasan dadah dianggarka­n berjumlah RM39,000.

“Turut disita sebuah kereta Toyota Vios, sebuah Perodua Myvi, seutas jam tangan, dan dua bentuk cincin emas.

“Ketiga-tiga tangkapan disiasat mengikut Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan direman sehingga 3 September 2016," katanya.

Beliau berkata kejayaan tangkapan itu membuktika­n polis khususnya Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kota Kinabalu sentiasa komited dalam usaha memerangi kegiatan pengedaran dadah di negeri ini.

Pihaknya turut merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada masyarakat yang selama ini membantu menyalurka­n maklumat berkaitan dadah yang berlaku di sekeliling mereka.

 ??  ?? MAIMUNAH (lapan kanan) merakamkan gambar kenangan bersama tetamu kehormat.
MAIMUNAH (lapan kanan) merakamkan gambar kenangan bersama tetamu kehormat.
 ??  ?? PARA peserta giat melakukan persiapan dan latihan terakhir untuk persembaha­n mereka di acara sambutan nanti.
PARA peserta giat melakukan persiapan dan latihan terakhir untuk persembaha­n mereka di acara sambutan nanti.
 ??  ?? CHANDRA (tengah) menunjukka­n barangan yang dirampas daripada suspek dalam serbuan itu.
CHANDRA (tengah) menunjukka­n barangan yang dirampas daripada suspek dalam serbuan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia