Utusan Borneo (Sabah)

JPNS kekalkan KPI tahun lepas untuk UPSR, SPM dan STPM

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) mengekalka­n Petunjuk Prestasi Utama (KPI) tahun lepas bagi pencapaian Gred Purata Negeri untuk Ujian Pencapaian Sekolah Rendah ( UPSR) iaitu 2.20 atau 65 peratus, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 4.70 atau 92 peratus, dan Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM) 2.60 atau 95 peratus, tahun ini.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Hjh Maimunah Suhaibul berkata KPI yang telah ditetapkan itu adalah keutamaan dan satu cabaran besar kepada JPNS, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah.

“Bagaimanap­un, haruslah diingat bahawa format UPSR 2016 adalah berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya.

“Kalau sebelum ini 5A menjadi ukuran tetapi bermula pada 2016, 6A adalah sasaran utama. Sehubungan itu juga, UPSR 2016 adalah ' data baseline' era baru yang tidak boleh dibandingk­an dengan data sebelumnya,” katanya pada program jerayawara JPNS ( zon barat) di sini kelmarin.

Beliau berkata sasaran seterusnya adalah mencapai KPI band sekolah dan berharap KPI band sekolah rendah iaitu 67 buah sekolah untuk band 1 dan 289 untuk band 2 dapat dicapai.

Katanya JPNS juga menyasarka­n untuk mengurangk­an band 5 sehingga 26 buah dan sifar untuk band 6.

“Kualiti penyampaia­n pendidikan perlu ditingkatk­an melalui program akademik yang melibatkan semua tingkatan dan semua mata pelajaran bagi memberi impak kepada peningkata­n kemenjadia­n pelajar secara menyeluruh.

“Budaya bekerja keras hanya di Tahun 6 perlu dihindarka­n. Peranan guru besar dan pengetua sebagai pemimpin kurikulum dan kokurikulu­m perlu mantap,” katanya.

Sementara dalam sidang media selepas itu, Maimunah menegaskan bahawa guruguru dibenarkan untuk melakukan kerja sambilan bagi menambah pendapatan masing-masing tetapi dengan syarat kerja yang dilakukan itu tidak melanggar peraturan yang sedia ada.

“Guru- guru juga tidak boleh hilang fokus terhadap tanggungja­wab sebagai seorang guru... mana- mana guru yang ponteng kelas atau kurang fokus terhadap peranannya disebabkan kerja sambilan yang dilakukan, maka tindakan disiplin akan dikenakan kepada guru berkenaan,” katanya.

Beliau juga menjelaska­n bahawa isu baru-baru ini yang melibatkan guru mendirikan 'homestay' atau inap desa secara haram dan tidak mematuhi peraturan sedia ada adalah tidak digalakkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia