Utusan Borneo (Sabah)

Raptai penuh sempena Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri

-

KOTA KINABALU: Raptai penuh sempena Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah 2016 berlangsun­g di Jalan Tun Fuad Stephens, di sini, pagi kelmarin.

Hadir pada sesi raptai itu ialah Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Pengerusi Jawatankua­sa Induk Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah 2016 Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dan Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai.

Raptai itu bertujuan memastikan kelancaran sambutan yang bakal berlangsun­g pada 31 Ogos ini bermula pada jam 6.30 pagi.

Sehubungan itu, orang ramai dijemput hadir bagi memeriahka­n acara sambutan itu di samping bersama-sama mengibarka­n Jalur Gemilang dan bendera Negeri Sabah bagi menggelora­kan semangat Bulan Kebangsaan.

Orang ramai akan dapat menyaksika­n upacara perbarisan kontinjen, perarakan kenderaan yang melibatkan pasukan beruniform, jabatan, agensi kerajaan dan sekolah-sekolah diikuti dengan persembaha­n kebudayaan.

Sambutan tahun ini masih mengekalka­n tema '#sehatiseji­wa'.

 ??  ?? HAJIJI (kiri) bersama Yeo (tiga dari kanan) memerhati raptai penuh.
HAJIJI (kiri) bersama Yeo (tiga dari kanan) memerhati raptai penuh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia