Utusan Borneo (Sabah)

Farmasi pandu lalu di UTC

Bagi kemudahan orang ramai ambil ubat tanpa perlu menunggu lama

-

KOTA KINABALU: Perkhidmat­an Farmasi Pandu Lalu yang akan dikendalik­an oleh Jabatan Farmasi Negeri bakal disediakan di Pusat Transforma­si Bandar (UTC) Kota Kinabalu tidak lama lagi.

Ketua Jabatan (Pengurusan) UTC, Jimmy Berukang berkata UTC Kota Kinabalu kini sedang membuat penambahba­ikan terhadap perkhidmat­an kesihatann­ya di pusat itu untuk menyediaka­n farmasi tersebut.

“Farmasi Pandu Lalu ini fungsinya cuma sebagai tem- pat mengambil ubat susulan sahaja. Maksudnya pelanggan hanya singgah dan terus mengambil ubat tanpa perlu menunggu lama,” katanya.

Beliau berkata kemudahan berkenaan akan dibina berdekatan dengan Klinik 1Malaysia yang sedia beroperasi di UTC berkenaan.

Menurut Jimmy perkhidmat­an tersebut merupakan sesuatu yang baharu yang mungkin belum ada di UTC lain di negara ini bagi memudahkan dan melancarka­n urusan pengambila­n ubat para pelanggan.

Sementara itu, beliau berkata sejak UTC Kota Kinabalu beroperasi pada 16 Dis 2013, pusat itu telah menerima seramai 2,167,812 pengunjung bagi mendapatka­n pelbagai perkhidmat­an.

Jimmy berkata jumlah pengunjung adalah berbeza mengikut musim namun puratanya antara 2,000 hingga 3,000 pengunjung sehari.

“Jumlah pengunjung mengikut musim juga. Contohnya pada musim cuti sekolah pengunjung bertambah sehingga 3,000 lebih dan apabila musim BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) boleh mencecah sebanyak 5,000 orang sehari,” katanya.

Beliau berkata, UTC yang beroperasi dari 8 pagi hingga 9 malam itu mendapat sambutan sangat menggalakk­an daripada pengunjung sehingga pada waktu hujung minggu pun pengunjung tetap datang untuk mendapatka­n perkhidmat­an.

UTC, yang menawarkan perkhidmat­an sehenti di bawah program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) itu menawarkan pelbagai perkhidmat­an dalam satu bangunan yang disediakan oleh pelbagai jabatan, agensi kerajaan negeri dan persekutua­n, swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan perbankan.

Antaranya ialah Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN), Jabatan Imigresen, Klinik 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia, Pos Malaysia, Jabatan Air Negeri Sabah, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan Lembaga Hasil Dalam Negeri serta turut dilengkapi surau dan kafeteria. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia