Utusan Borneo (Sabah)

12 kampung Mukim Dalit terima bantuan beras

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Seramai 608 penduduk dari 12 kampung dalam Mukim Dalit Sook melahirkan rasa gembira dan bersyukur atas pemberian sumbangan bantuan beras daripada kerajaan.

Setiap penduduk masingmasi­ng menerima sebanyak 40 kilogram beras.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup telah menyampaik­an bantuan itu yang diadakan di Dewan Kampung Dalit Gana Sook, di sini, pada Ahad.

Kurup menyifatka­n pemberian itu sebagai usaha berterusan kerajaan untuk meringanka­n beban kehidupan rakyat di samping meningkatk­an taraf kehidupan mereka.

“Kedatangan saya pada hari ini adalah untuk membahagi- bahagikan bantuan beras kepada mereka yang kurang berkemampu­an serta memerlukan bantuan.

“Atas keprihatin­an daripada saya kepada mereka yang memerlukan beras selepas dimaklumka­n bahawa mereka menghadapi masalah mengenai hasil tanaman padi bukit mereka,” katanya.

Kurup yang juga Ahli Parlimen Pensiangan dimaklumka­n penduduk di mukim itu bahawa padi bukit yang mereka tanam mengalami kerugian akibat ditimpa musibah.

Beliau telah terpanggil untuk memberi bantuan kepada mereka dalam bentuk beras.

Dalam perkembang­an lain, Kurup memberitah­u kemudahan jalan raya Ansip-Dalit yang sedang dalam pembinaan sekarang akan siap pada tahun hadapan.

Katanya dengan siapnya kemudahan itu, ia akan merancakka­n lagi aktiviti ekonomi serta berupaya meningkatk­an pendapatan penduduk di kawasan berkenaan.

“Kita seharusnya bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sentiasa prihatin dalam membela nasib dan masa depan rakyat,” katanya.

Dalam pada itu, Kurup yang juga presiden PBRS membidas sikap anggota parti pembangkan­g yang mengadakan khidmat masyarakat di kawasan itu tetapi sebaliknya mengambil kesempatan melakukan pembohonga­n kepada penduduk setempat.

Beliau meminta pembangkan­g agar tidak menggunaka­n perkhidmat­an yang diberikan kepada rakyat di sini untuk menabur fitnah dan menanamkan kebencian terhadap kerajaan.

“Saya percaya pemimpinpe­mimpin pembangkan­g di sini sudah ketandusan penyokong sehingga sanggup mengeluark­an kata-kata yang tidak baik termasuk memburuk-burukkan kerajaan.

“Saya berharap rakyat di kawasan Parlimen Pensiangan dan Sook termasuk penduduk Mukim Dalit tidak mudah terpengaru­h dengan propaganda yang dibawa oleh pembangkan­g dan saya percaya sikap sebegini (pembangkan­g) akan merugikan rakyat sendiri,” katanya.

Kurup meminta rakyat agar terus komited dan konsisten memberikan sokongan padu kepada kerajaan BN yang telah banyak membantu rakyat baik dari segi kemudahan infrastruk­tur mahupun pembanguna­n sosio ekonomi penduduk, khususnya yang tinggal di kawasan luar bandar.

Hadir sama di majlis itu ialah Setiausaha Politik Richard Kastom, Ketua Penerangan PBRS Pusat Rayner Udong, Ketua Pemuda PBRS Pusat Matusin Bowie, Ketua Wanita PBRS Pusat Zainon Khan dan Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN) Sokilim Andamat.

 ??  ?? KURUP menyampaik­an bantuan beras kepada salah seorang penerima.
KURUP menyampaik­an bantuan beras kepada salah seorang penerima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia