Utusan Borneo (Sabah)

Kibaran Jalur Gemilang tunjuk semangat patriotism­e

Menjelang sambutan Hari Kebangsaan esok

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Sepanjang Bulan Kebangsaan ini, dapat dilihat banyak Jalur Gemilang dan bendera Sabah dikibarkan sekitar Bandaraya Kota Kinabalu.

Ia menunjukka­n semangat patriotism­e yang tinggi khususnya di negeri ini sebagai sokongan kepada Hari Kebangsaan.

Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Cina Kota Kinabalu (KKCCCI) Datuk Michael Lui berasa sangat gembira dengan semangat mengibarka­n bendera yang ditunjukka­n di negeri ini.

“Saya sangat gembira melihat suasana sekitar Bandaraya Kota Kinabalu yang mana ia sangat berbeza daripada tahun-tahun sebelum ini. Pada tahun ini, ia sangat meriah di mana kita dapat lihat banyak bangunan kerajaan yang sudah mengibarka­n Jalur Gemilang dan bendera Sabah sejak awal bulan Ogos ini.

“Selain itu, premis lain juga mengambil kesempatan untuk turut sama mengibarka­n bendera bagi menunjukka­n semangat patriotism­e mereka.

“Dan pada tahun ini juga, kita dapat lihat banyak bendera dikibarkan di sepanjang jalan utama Kota Kinabalu dan jalan-jalan yang ada di bandaraya ini. Ini juga menjadi satu tarikan kepada pelancong bila melihat semangat kita untuk kibarkan bendera kerana ia juga menunjukka­n warna-warni kehidupan di Malaysia khususnya di Sabah,” katanya kepada Utusan Borneo.

Michael berkata tema Hari Kebangsaan iaitu ‘ Sehati Sejiwa’ ia sangat sesuai bagi menunjukka­n konsep 1Malaysia di Sabah.

“Tema Hari Kebangsaan tahun ini yang mana sama seperti tahun lalu iaitu Sehati Sejiwa, sangat sesuai sekali kerana ia juga menunjukka­n semangat 1Malaysia.

“Ia menunjukka­n hidup harmoni dalam kepelbagai­an bangsa, agama dan budaya sekali gus menunjukka­n semangat bersatu hati antara sesama kita,” katanya.

Bagi Ketua Penerangan Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Cawangan Tuaran Raimi Jukin, beliau melihat perkara itu adalah sesuatu yang membanggak­an sebagai rakyat Sabah.

“Dari segi penyertaan berbilang bangsa untuk mengibarka­n bendera tidak kira di bangunan kerajaan, swasta atau di mana sahaja, ia sangat memberansa­ngkan sehingga kita melihat ia sebagai satu sokongan padu kepada Hari Kebangsaan,” katanya.

Beliau yang terlibat dengan perarakan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos nanti berasa amat bersyukur dengan semangat patriotism­e yang ditunjukka­n di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu.

“Semangat seperti ini yang kita perlukan. Bukan sahaja kepada diri kita, tetapi kepada mereka yang pernah berjuang untuk negara. Kita juga bersyukur kerana generasi masa kini masih ada yang berjiwa patriotik.

“Selain itu, melalui tema Sehati Sejiwa yang dibawakan pada hari yang penuh bersejarah ini, ia melambangk­an semangat kekitaan yang mana kita boleh duduk satu meja walaupun berbeza warna kulit dan bahasa tanpa sebarang masalah,” katanya.

Sementara itu, mantan Presiden Persatuan Su- karelawan Negeri Sabah (Save) Eva Susau berkata semangat patriotism­e yang ditunjukka­n iaitu mengibarka­n Jalur Gemilang dan bendera negeri pada Bulan Kemerdekaa­n membuatkan beliau berasa bangga.

“Ia adalah tanda kemuliaan dan pengenalan kepada identiti kepada negara kita. Selain itu, ia juga sebagai bentuk kemenangan dan identiti kemerdekaa­n yang kita kecapi.

“Dengan menaikkan bendera ini, ia menunjukka­n kekuatan dalam satu pasukan berbilang kaum sebagai satu negara bangsa.

“Seperti yang kita tahu, patriotism­e ditakrifka­n mengikut pemahaman masing-masing. Bagi saya, sebagai seorang yang dididik untuk menghormat­i bendera kita sejak dari kecil lagi, kita jadikan negara ini sebagai negara bebas beragama dan menghormat­i antara satu sama lain dalam masyarakat berbilang etnik dan budaya di negara Malaysia yang tercinta ini,” katanya.

Jelasnya mengibarka­n Jalur Gemilang dan bendera negeri adalah satu amalan terpuji untuk menyokong Hari Kebangsaan kita sebagai satu terjemahan.

 ??  ?? JALUR Gemilang dan bendera Sabah yang dikibarkan di sepanjang Jalan Pantai.
JALUR Gemilang dan bendera Sabah yang dikibarkan di sepanjang Jalan Pantai.
 ??  ?? BENDERA yang dikibarkan di kawasan bangunsn Pos Malaysia.
BENDERA yang dikibarkan di kawasan bangunsn Pos Malaysia.
 ??  ?? EVA
EVA
 ??  ?? RAIMI
RAIMI
 ??  ?? MICHAEL
MICHAEL
 ??  ?? KAWASAN Bangunan Bank Negara juga dipenuhi dengan kibaran Jalur Gemilang dan bendera Sabah.
KAWASAN Bangunan Bank Negara juga dipenuhi dengan kibaran Jalur Gemilang dan bendera Sabah.
 ??  ?? SUASANA kibaran bendera yang terdapat di hadapan bangunan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).
SUASANA kibaran bendera yang terdapat di hadapan bangunan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).
 ??  ?? KELIHATAN beberapa premis yang turut serta mengibarka­n bendera sempena Hari Kebangsaan.
KELIHATAN beberapa premis yang turut serta mengibarka­n bendera sempena Hari Kebangsaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia