Utusan Borneo (Sabah)

Pemegang kad IMM13 didakwa guna wang palsu

Mahkamah tetapkan 22 Sept untuk pengurusan kes

- Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Seorang lelaki pemegang kad IMM13, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini kelmarin, atas pertuduhan menggunaka­n wang palsu.

Hakim Noor Hafizah Mohd Salim menetapkan pada 22 September tahun ini sebagai pengurusan kes terhadap Faizal Mubin, selepas mengaku tidak bersalah.

Tertuduh didakwa menggunaka­n sembilan keping wang palsu RM100, pada 13 Ogos tahun ini jam 7 pagi di pusat membeli-belah Centre Point, di sini.

Sekiranya disabitkan atas kesalahan terbabit, tertuduh boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga tempoh 20 tahun dan dikenakan sebatan, mengikut Seksyen 489B Kanun Keseksaan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwara­ya Hafizah Zahidah Abdul membantah tertuduh diberikan ikat jamin, kerana keseriusan kesalahan.

Bagaimanap­un, tertuduh memberitah­u mahkamah, mempunyai seorang ibu yang lumpuh dan perlu menanggung keluargany­a.

Noor Hafizah memerintah­kan tertuduh direman mengikut Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayah sehingga kes selesai.

Di Kuala Lumpur, empat lelaki yang ditangkap menunggang motosikal secara berbahaya, masing-masing dipenjara sehari hingga empat hari dan didenda RM5,500 oleh Mahkamah Trafik kelmarin.

Majistret Noorul Fhaiez Mohd Nayan memerintah­kan Ahmad Safril Husairi, 18, dipenjara sehari, Mohd Shahrul Nizam Salleh, 20, dua hari, Ahmad Faiz Rahim, 21, tiga hari dan penjara empat hari terhadap Amir Firdaus Ahmad Zaharudin, 22.

Mahkamah memerintah­kan mereka menjalani hukuman penjara itu bermula kelmarin dan penjara tiga bulan jika gagal membayar denda dan lesen mereka dibatalkan serta hilang kelayakan memohon lesen memandu baharu selama dua tahun.

Mahkamah menjatuhka­n hukuman terhadap kesemua lelaki itu selepas mereka mengaku bersalah terhadap pertuduhan menunggang motosikal dengan cara melulu dan membuat aksi ‘wheelie’ serta aksi yang membahayak­an diri sendiri dan pengguna jalan raya.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di tiga lokasi iaitu di Jalan Raja Laut, Jalan Parlimen/ Jalan Raja dan Lebuhraya Duta - Ulu Kelang ( DUKE) antara 24 Julai hingga 28 Ogos lepas, pada 11 malam hingga 3 pagi.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda sehingga RM15,000 serta hilang kelayakan memegang atau mendapatka­n lesen memandu tidak kurang dua tahun dan lesen memandu percubaan dibatalkan.

Pendakwaan dikendalik­an Pegawai Pendakwa Inspektor Hashimah Hashim manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia