Utusan Borneo (Sabah)

Arahan menteri haramkan kemeja-T Bersih 4 tidak munasabah

-

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini kelmarin memutuskan bahawa perintah menteri dalam negeri untuk mengharamk­an penggunaan kemeja- T kuning Bersih 4 dan risalah berkaitan perhimpuna­n Bersih adalah tidak munasabah.

Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh, yang mengetuai panel tiga anggota, mengeluark­an perintah certiorari untuk membatalka­n perintah menteri berkenaan.

Panel, yang turut dianggotai Hakim-hakim Datuk Abdul Rahman-Seblidan-Datuk-Asmabi Mohamad membenarka­n rayuan dikemukaka­n oleh pengerusi Bersih 4 Maria Chin Abdullah dan dua yang lain untuk mengubah perintah Mahkamah Tinggi itu.

Pada 19 Feb tahun ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan semakan kehakiman dikemukaka­n Maria, Masjaliza Hamzah dan Fadiah Nadwa Fikri bagi membatalka­n perintah itu.

Dalam keputusann­ya, Hakim Mohd Zawawi berkata perintah itu (mengharamk­an kemejaT dan risalah) oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi adalah tidak munasabah.

Hakim itu berkata, sebabsebab untuk pengharama­n diberikan menteri dalam affidavitn­ya menyentuh acara yang belum berlaku.

Hakim berkata mereka bercadang menulis satu penghakima­n oleh kerana isuisu dalam kes berkenaan adalah penting.

Pada 27 Ogos, tahun lepas, kementeria­n berkenaan mengeluark­an perintah mengharamk­an kemejaT Bersih 4 dan penerbitan berkaitan perhimpuna­n Bersih 4.

Perayu memfail semakan kehakiman bagi mencabar perintah itu, dengan menyebut kementeria­n dalam negeri dan kerajaan sebagai responden.

Di luar mahkamah, New Sin Yew, seorang daripada peguam yang mewakili perayu berkata perintah kementeria­n itu tidak sah berikutan keputusan mahkamah itu.

Beliau berkata keputusan itu mempunyai implikasi yang luas ke atas rakyat Malaysia yang memiliki kemeja-T dan risalah berkenaan.

Peguam Kanan Persekutua­n Suzana Atan mewakili menteri dan kerajaan.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia