Utusan Borneo (Sabah)

Penganggur dipenjara lapan bulan, curi sebuah motosikal

-

KOTA KINABALU: Seorang penganggur dijatuhkan hukuman penjara lapan bulan, oleh Mahkamah Majistret di sini kelmarin, atas kesalahan mencuri sebuah motosikal milik seorang lelaki.

Majistret Stephanie Sherron Abbie mengenakan hukuman terbabit terhadap Shaiful Azman, 32, selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Hukuman yang diperuntuk­kan, boleh dipenjara minimum setahun dan maksimum tujuh tahun, atau denda, atau keduaduany­a sekali.

Tertuduh melakukan kesalahan itu pada 17 Ogos tahun ini jam 4 petang, di kawasan Putatan.

Mahkamah memerintah­kan tertuduh yang tidak diwakili peguam menjalani hukuman berkenaan bermula dari tarikh ditangkap.

Dalam kes berasingan, seorang penganggur berusia 25 tahun didenda sebanyak RM100 atau penjara seminggu, atas kesalahan memiliki sebuah motosikal yang dipercayai dicuri.

Mohd Hafian Kasim mengaku bersalah gagal memberikan penjelasan yang munasabah bagaimana memiliki motosikal berkenaan, pada 10 Ogos tahun ini di sebuah rumah, Taman Seri Segindai, di sini.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 22A Ordinan Kesalahan-Kesalahan Kecil Bab 80 Undang- Undang Negeri Sabah, yang boleh didenda maksimum RM100 atau penjara tidak melebihi tiga bulan, atau kedua- duanya sekali.

Pegawai Pendakwa Insp Lim Swee Beng melakukan kedua- dua pendakwaan terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia