Utusan Borneo (Sabah)

Lima mangsa nahas dikenalpas­ti

Kemalangan maut di Kilometer 41, Jalan Lahad Datu-Tungku

- Oleh MOHD NAZIB MACPEE

LAHAD DATU: Lima sekeluarga yang terbunuh dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan dalam kejadian yang berlaku di Kilometer 41, Jalan Lahad DatuTungku, petang Ahad lalu, kini telah dikenalpas­ti.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Hamzah Ahmad berkata kelima- lima mangsa dikenali sebagai Mazlan Muhamad Usop, 33, (pemandu), Nurijah Ekorah, 32, (isteri Mazlan) dan tiga anak mangsa masing-masing dikenali sebagai Muhamad Eznur Shahziman Mazlan, 6, Nurul Suerah Mazlan, 3, serta Nurul Zaheera Mazlan berusia satu bulan.

Katanya dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 2.30 petang itu, dua buah kenderaan yang terlibat merupakan jenis Proton Saga FLX dan sebuah pacuan empat roda Toyota Prado, di mana empat mangsa dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian dan seorang mangsa meninggal di Hospital Lahad Datu. Kesemua mangsa merupakan pemandu dan penumpang yang berada di dalam kenderaan Proton Saga.

Manakala seorang lagi kanakkanak perempuan yang turut berada di dalam kenderaan sama dan dikenali sebagai Nurul Zuelah Mazlan berusia 7 tahun mengalami cedera parah.

Hamzah berkata ketika kejadian, Proton Saga yang dinaiki enam sekeluarga itu sedang dalam perjalanan dari arah Lahad Datu menghala ke Tungku. Bagaimanap­un, sebaik melalui lokasi kejadian, kenderaan terbabit dipercayai telah hilang kawalan lalu masuk di lorong bertentang­an sebelum bertembung dengan Toyota Prado yang datang dari arah bertentang­an.

“Impak kejadian itu mengakibat­kan empat mangsa termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia satu bulan dikatakan tersepit dan dilaporkan telah meninggal dunia di tempat kejadian, manakala dua lagi mangsa yang mengalami cedera parah telah dikejarkan ke Hospital Lahad Datu sebelum salah seorang daripadany­a dilaporkan meninggal dunia sejurus selepas itu,” katanya.

Beliau ditemui selepas mengadakan majlis Serah Tugas Ketua Bahagian Pengurusan Daerah Lahad Datu (KBPD) antara ASP Bong Kuet Khiun kepada ASP Abdul Satal Mad Buraisal, di sini, kelmarin.

Sementara itu, Hamzah berkata pemandu Prado berusia 56 tahun dan seorang wanita berusia 36 tahun yang merupakan penumpang belakang sebelah kanan mengalami cedera parah dalam kejadian itu, manakala tiga lagi penumpang lain yang turut berada di dalam kenderaan Prado hanya mengalami cedera ringan.

Difahamkan, pasukan Bomba dan Penyelamat Daerah Lahad Datu turut berada di lokasi kejadian bagi membantu mengeluark­an empat mangsa yang tersepit dalam kenderaan Proton Saga.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan oleh Pegawai Penyiasat Trafik Insp Jeffry Ujuh.

Terdahulu, dalam Majlis Serah Tugas yang dilangsung­kan di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu, Hamzah mengucapka­n penghargaa­n dan terima kasih kepada Bong di atas komitmen yang telah ditonjolka­n selama ini dalam melaksanak­an penugasan sebagai KBPD LDU.

Menurut beliau, Bong akan memulakan persaraan wajib secara rasminya pada kelmarin dan segala penugasan beliau akan diambil alih oleh Satal.

Sementara itu, Bong dalam ucapannya berkata setelah 34 tahun berkhidmat dalam Polis Diraja Malayisa serta tujuh tahun dua bulan bertugas di daerah ini sebagai KBPD, sudah tentu banyak pengalaman yang dilalui.

Beliau mengucapka­n terima kasih kepada Ketua Polis Daerah Lahad Datu dan juga ketua-ketua bahagian serta pegawai kanan dan juga anggota PDRM di atas sokongan dan dorongan yang diberikan.

Beliau berharap dengan penyerahan tugas kepada Satal nanti akan dapat digalas dengan sebaik mungkin dengan lebih berdisipli­n, kreatif serta dapat membantu KPD untuk menaikkan taraf pengurusan di daerah ini dengan lebih maju.

Bong yang mula berkhidmat dalam PDRM sejak tahun 1982 pernah memegang jawatan sebagai Pegawai Penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah selama sembilan tahun di Kota Kinabalu, dan kemudianny­a berkhidmat di daerah Keningau selama 12 tahun sebagai pegawai pendakwa.

Seterusnya, beliau memegang jawatan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah selama lima tahun di daerah yang sama. Pada 15 Jun 2009, beliau telah bertukar ke daerah Lahad Datu sehinggala­h kelmarin.

 ??  ?? BONG bergambar kenangan bersama rakan-rakan sejawatan.
BONG bergambar kenangan bersama rakan-rakan sejawatan.
 ??  ?? BONG (kiri) menyerahka­n tugasan beliau kepada Satal (kanan) sambil diperhatik­an oleh Hamzah (tengah).
BONG (kiri) menyerahka­n tugasan beliau kepada Satal (kanan) sambil diperhatik­an oleh Hamzah (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia