Utusan Borneo (Sabah)

Ahli K1M sebarluas maklumat sahih

-

KUDAT: Ahli Komuniti 1Malaysia (K1M) dipertangg­ungjawab menyebarlu­askan maklumat sahih dan menyatupad­ukan masyarakat.

Pembantu Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian merangkap Adun Pitas Datuk Bolkiah Ismai l berkata kebanjiran maklumat memerlukan kebijaksan­aan menapis agar tidak mudah terpedaya dengan sentiasa mendapatka­n maklumat sebenar daripada pihak berkuasa.

“Sentimen agama sering kali digunakan sebagai senjata bagi melumpuhka­n persaudara­an di negara ini.

“Justeru, kita hendaklah sentiasa berhati- hati dan seharusnya peka serta sentiasa mendapatka­n kesahihan sebelum mempercaya­i sesuatu perkara yang disebarkan.

“Kita perlu menjaga ukhwah denganmeng­enepikanse­ntimen perkauman dan agama yang sengaja ditimbulka­n sematamata untuk menghancur­kan persaudara­an sesama kita.

“Sebagai rakyat yang cintakan negara, kita mestilah mempunyai jati diri yang kental untuk kebal dari segala pengaruh luar yang ingin melihat kemusnahan nilai perpaduan, kesaksamaa­n dan kekitaan yang terpahat sekian lama,” katanya.

Beliau berucap demikian ketika merasmikan Program Merdeka @Komuniti, di sini, baru-baru ini.

Bolkiah turut menggesa masyarakat agar bersatu padu dan sehati sejiwa mempertaha­nkan keamanan serta menj iwai aspirasi pembanguna­n negara.

Sementara itu, Pemangku Pengarah Penerangan Sabah Yunus Saprin memaklumka­n ia merupakan sebahagian program sempena sambutan Bulan Kebangsaan yang bermula 6 Ogos lalu hingga 16 September 2016.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Datuk Haji Almain Ajirul, Pegawai Penerangan Bahagian Pantai Barat Utara Durahim Jaman dan para pemimpin masyarakat.

 ??  ?? ANTARA orang ramai yang hadir di majlis berkenaan.
ANTARA orang ramai yang hadir di majlis berkenaan.
 ??  ?? BOLKIAH ( tiga kanan), Almain ( dua kanan), Yunus (dua kiri), Durahim (kiri) dan Pengerusi Permuafaka­tan K1M Kudat Afdah Lumantas (kanan) antara yang hadir pada majlis itu.
BOLKIAH ( tiga kanan), Almain ( dua kanan), Yunus (dua kiri), Durahim (kiri) dan Pengerusi Permuafaka­tan K1M Kudat Afdah Lumantas (kanan) antara yang hadir pada majlis itu.
 ??  ?? BOLKIAH menyampaik­an ucapan perasmian.
BOLKIAH menyampaik­an ucapan perasmian.
 ??  ?? YUNUS menyampaia­n ucapan alu-aluan.
YUNUS menyampaia­n ucapan alu-aluan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia