Utusan Borneo (Sabah)

JKJR Sabah dapatkan laporan terperinci

Susulan lima maut dalam kemalangan di Lahad Datu

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Jabatan Keselamata­n Jalan Raya (JKJR) Sabah akan mendapatka­n laporan daripada Polis Diraja Malaysia ( PDRM) di Ibu Pejabat Lahad Datu mengenai butiran terperinci kemalangan maut yang melibatkan lima kematian di Jalan Tungku, berdekatan Ladang Bagahak Lahad Datu, di sini, Ahad lepas.

Pengarah JKJR Sabah Herdiansah Abdul Karim berkata susulan kejadian itu, pihaknya turut meminta laporan daripada Pusat Pemeriksaa­n Kenderaan Berkompute­r ( Puspakom) cawangan Lahad Datu.

“Laporan yang diperolehi ini akan dikongsi secara strategik dengan pihak Institut Penyelidik­an Keselamata­n Jalan Raya Malaysia (MIROS) untuk memudahkan pihak yang terlibat melakukan ‘Road Crash Reconstruc­tion’ bagi mewujudkan satu senario paling hampir dengan kejadian itu selain mendapatka­n punca sebenar yang menyebabka­n berlakunya kemalangan.

“Kita juga akan mengadakan lawatan ke lokasi kejadian untuk mendapatka­n gambaran terperinci dalam masa terdekat ini untuk melihat sama ada keadaan jalan raya turut sama menyumbang berlakunya kemalangan itu,” katanya ketika dihubungi di sini kelmarin.

Dalam kemalangan itu, lima sekeluarga maut termasuk tiga kanak- kanak, manakala seorang lagi parah. Kemalangan membabitka­n pelanggara­n antara kereta Proton Saga FLX dan pacuan empat roda jenis Toyota Prado di Kilometer 41, Ladang Bagahak, Jalan Tunku Lahad Datu.

Mangsa yang maut dikenali Mazlan Muhamad Usof, 33, Nurijah Bkorah, 32, Muhammad Eznur Shahziman Mazlan, 6, Nurul Suerah Mazlan,4, dan bayi perempuan berusia 1 tahun, manakala Nurul Zuelah Mazlan,7, dilaporkan cedera.

Herdiansah berkata pihaknya mengkelask­an kemalangan itu sebagai kemalangan berprofil tinggi memandangk­an ia melibatkan tiga kematian ke atas bagi satu-satu kes kemalangan jalan raya.

Katanya JKJR Sabah tidak dapat mengulas lebih lanjut mengenai kejadian berkenaan memandangk­an ia masih dalam siasatan awal PDRM.

Bagaimanap­un katanya, pengguna jalan raya di laluan Lahad Datu- Tungku yang dikenalpas­ti sebagai lokasi kerap berlaku kemalangan jalan raya dinasihatk­an agar sentiasa mengambil tindakan defensif ketika memandu di kawasan terbabit.

“Antara defensif yang boleh digunapaka­i bagi mengurangk­an risiko kemalangan adalah merancang perjalanan dengan baik, memastikan pemandu mengetahui keadaan persekitar­an yang akan ditempuhi dan mematuhi peraturan lalu lintas dengan had laju yang ditetapkan.

“Selain itu, pemandu seharusnya tidak meneruskan perjalanan sekiranya mengantuk atau keadaan cuaca yang tidak mengizinka­n seperti hujan lebat... sekiranya berhadapan situasi sedemikian, pastikan kenderaan diletakkan dalam keadaan yang selamat,” katanya.

Berdasarka­n stati s t i k semasa, sebanyak 80.6 peratus kemalangan jalan raya berpunca daripada kecuaian pengguna jalan raya sendiri, 13.2 peratus disebabkan keadaan jalan raya dan 6.2 peratus disebabkan oleh kegagalan kenderaan berfungsi dengan baik.

 ??  ?? HERDIANSAH
HERDIANSAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia