Utusan Borneo (Sabah)

Pesara tentera curiga niat artikel ditulis

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Seorang pesara tentera mencurigai niat artikel yang disiarkan di sebuah blog yang mengatakan kononnya sejumlah orang awam meninggal dunia dalam dua Ops Bersepadu Esscom yang dijalankan di Tawau dan Lahad Datu.

Pengerusi Persatuan Kebajikan Anak Tempatan Tg Batu Tawau Juaini Buyong berkata sebagai salah seorang pesara tentera, beliau terkejut dengan dakwaan di dalam artikel terbabit.

“Saya bersetuju dengan kenyataan Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) di muka surat A2, Utusan Borneo, Sabtu lepas, yang mencurigai tujuan artikel itu ditulis.

“Saya juga khuatir penulisan artikel itu mempunyai niat jahat untuk memburukka­n reputasi tentera dan agensi penguatkua­sa lain termasuk Esscom selain kerajaan,” katanya.

Beliau percaya artikel sedemikian sewajarnya diperhalus­i dan dibuktikan dengan fakta sahih terlebih dahulu bukannya terus disiarkan melalui penulisan yang kelihatan seperti tohmahan.

Sebagai bekas tentera, beliau kecewa dengan penyiaran artikel terbabit lebih- lebih lagi apabila tentera turut dikaitkan dalam kejadian yang tidak dipastikan kesahihann­ya.

“Jika benar ada kes kematian orang awam seperti yang dilaporkan di blog berkenaan, kita menuntut penulis blog itu tampil membuat laporan polis untuk membolehka­nnya disiasat.

“Perkara ini bukan mainmain kerana banyak pihak yang dikaitkan seperti Esscom, pihak berkuasa tempatan di Tawau dan Lahad Datu, tentera dan polis,” katanya.

Bagaimanap­un, beliau berkata jika laporan artikel itu tidak benar, penulis blog itu didesak memohon maaf secara terbuka kepada agensi penguatkua­sa, kerajaan dan rakyat Malaysia.

Jumaat lepas, Majlis Perbandara­n Tawau (MPT) tampil membuat laporan polis di IPD Tawau sementara Presiden MPT Alijus Sipil menyifatka­n dakwaan di blog itu sebagai palsu dan fitnah.

 ??  ?? JUAINI
JUAINI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia