Utusan Borneo (Sabah)

Jangan berpecah, hargai kemakmuran

Ketidaksta­bilan politik negara luar perlu jadi iktibar

- Oleh YUSOP TEPPO

KINABATANG­AN: Ketidaksta­bilan politik, ekonomi dan keselamata­n di beberapa negara luar perlu dijadikan sandaran oleh generasi muda untuk menghargai dan seterusnya menghayati nikmat sebenar sebuah negara merdeka seperti Malaysia.

Ahli ParlimenKi­nabatangan Datuk Bung Moktar Radin berkata tanpa penghayata­n jitu, generasi muda yang merupakan pewaris tampuk pentadbira­n akan goyah dan tersasar hingga menghancur­kan negara.

Sehubungan itu, katanya kerajaan sedia ada kini giat menyediaka­n platform terbaik untuk golongan itu agar masyarakat di masa depan tidak hidup dalam ketakutan dan berpecah belah.

“Alhamduli l l a h , di Malaysia kita hidup aman damai, berbilang kaum dan kepercayaa­n. Namun, k ita tidak berupaya memupuk semangat ini jika anak-anak muda tidak menghayati maksud sebenar kemerdekaa­n.

“Kita harus mensyukuri nikmat kemerdekaa­n yang telah mencapai angka 59 tahun. Dalam tempoh itu, perubahan struktur negara jelas kelihatan dari semasa ke semasa ekoran kemantapan kerajaan serta dukungan rakyat,” katanya ketika berucap merasmikan Program Moh Ngeteh (Kupi-Kupi Bah) sambutan Bulan Kebangsaan 2016 di Dataran Kinabatang­an, di sini, kelmarin.

Pada majlis itu, beliau turut melepaskan peserta konvoi sambutan Hari Kebangsaan selain mengedarka­n Jalur Gemilang kepada penduduk setempat.

Pada majlis itu, Bung yang juga pengerusi Felcra Berhad berkata program pra- kemerdekaa­n #mohngetehh­arikebangs­aankklw memberi didikan kepada generasi muda agar menghayati dan memahami erti kemerdekaa­n yang sebenar.

Beliau berkata program itu adalah anjuran bersama Felcra Berhad dan Pejabat Parlimen Daerah Kinabatang­an dengan seluruh agensi kerajaan negeri dan Persekutua­n di Kinabatang­an.

“Tujuan program ini adalah untuk menyemai semangat kemerdekaa­n kepada anakanak muda dan sekali gus mendidik generasi muda agar menghayati dan memahami makna kemerdekaa­n negara yang sebenarnya.

“Seperti program pada hari ini, banyak yang kita laksanakan seperti konvoi beramai- ramai , agihan bendera negeri dan persekutua­n, pelepasan kereta konvoi dan sebagainya,” katanya.

Menurutnya program seumpama itu perlu diusahakan sebaik mungkin pada setiap tahun, kerana kemerdekaa­n adalah sesuatu yang diinginkan oleh semua masyarakat.

“Kita lihat bagaimana beberapa negara membuat tuntutan kemerdekaa­n ke atas wilayah lain sehingga meragut nyawa. Contohnya, di selatan Filipina, sehingga ke hari ini 278,000 nyawa melayang tetapi mereka tidak mendapat kemerdekaa­n yang dituntut, malah cuma mendapat autonomi daripada pemerintah.

“Demikian juga seperti di Thailand yang masih belum ada apa-apa (kemerdekaa­n) dan juga tidak mendapat autonomi, begitu juga di Kashmir (India) pun masih dahagakan kemerdekaa­n malah sehingga hari ini masih berperang,” katanya.

Justeru katanya, apa yang berlaku kepada negara-negara terbabit, haruslah dilihat oleh anak-anak muda hari ini sebagai pemangkin ke arah cetusan negara maju pada masa akan datang.

Bung berkata masyarakat khususnya anak-anak muda juga perlu melihat bagaimana ancaman dalam negara ini tercetus. Terbaharu, ancaman daripada kumpulan militan Islam yang menggelar diri mereka sebagai IS atau pun Daesh.

“Kumpulan ini sebenarnya telah merosakkan imej Islam itu sendiri, tetapi kita selaku negara Islam yang sebenar telah mengharamk­an kumpulan IS ini, memandangk­an ia telah bergerak luas di negara kita termasuk di Kinabatang­an dan Sabah,” katanya.

Katanya kumpulan IS bukan terdiri kalangan orang biasa, malah ada daripada kalangan orang kerajaan, doktor, jurutera, ahli perniagaan, polis dan juga tentera.

Oleh itu, beliau menegaskan masyarakat harus ada kesatuan dan kefahaman agar manamana yang didapati terlibat dengan kumpulan IS dan Daesh hendaklah melaporkan­nya kepada pihak polis untuk tindakan sewajarnya.

“Jika perkara ini dibiarkan, akhirnya mereka ini akan menjadi ibarat ‘gunting dalam lipatan’ atau pun ‘duri dalam daging’,” katanya.

Sehubungan itu, Bung berkata rakyat seharusnya memanjatka­n syukur kerana berada dalam negara yang aman, damai dan tenteram tanpa diselubung­i ketakutan, kegusaran dan sebagainya.

Katanya walaupun rakyat di negara ini terdiri daripada berbilang bangsa, agama dan budaya tetapi dapat memupuk semangat perpaduan dari masa ke semasa.

“Semangat seumpama inilah perlu kita teruskan untuk memastikan negara kita untuk generasi anak bangsa kita, kerana mereka adalah pewaris bangsa pada masa akan datang.

“Kalau kita tidak sediakan platform yang baik kepada anak-anak muda ini, akhirnya nanti mereka akan mewarisi sebuah negara yang penuh ketakutan dan berhadapan cabaran yang sukar diduga,” katanya.

 ??  ?? BUNG menyampaik­an sumbangan Konvoi Kembara Merdeka.
BUNG menyampaik­an sumbangan Konvoi Kembara Merdeka.
 ??  ?? BUNG bersama para pemimpin dan pelajar sekolah mengibar Jalur Gemilang.
BUNG bersama para pemimpin dan pelajar sekolah mengibar Jalur Gemilang.
 ??  ?? BUNG menyampaik­an Jalur Gemilang dan bendera Sabah kepada 16 kampung dan 16 agensi kerajaan.
BUNG menyampaik­an Jalur Gemilang dan bendera Sabah kepada 16 kampung dan 16 agensi kerajaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia