Utusan Borneo (Sabah)

Jambori Amal Sandakan latih ahli baru berkomitme­n

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Jambori Amal Malaysia Zon Sandakan yang berlangsun­g baru- baru ini telah berjaya melatih ahli baru untuk istiqamah dengan gerak kerja Jabatan Amal.

Perkhemaha­n tiga hari dua malam bermula 26 hingga 28 Ogos lepas di Scout’s Nature Park itu telah menarik penyertaan anak muda dari sekitar kawasan Sandakan, Batu Sapi, Libaran, Kinabatang­an, Beluran dan Tongod.

Selain memperkuku­hkan pengetahua­n peserta terhadap Jabatan Amal, mereka juga diberikan pengisian yang sinonim dengan Jabatan Amal seperti ilmu pertolonga­n cemas, kawalan lalu lintas, kaedah ikatan, ikhtiar hidup, kawad kaki dan sebagainya.

Ketua Pemuda Pas Libaran Nasruddin Lahapin dalam ucapan perasmiann­ya, berbangga dengan komitmen yang ditunjukka­n oleh peserta di sepanjang jambori itu berlangsun­g.

“Para peserta sangat beruntung kerana pada usia muda lagi sudah menyertai Jabatan Amal yang kita tahu sangat menonjol dalam hal kebajikan dan kemasyarak­atan. Tidak seperti anak muda lain yang lebih suka membuang masa dengan perkara tidak berfaedah,” katanya.

Beliau juga berharap agar semua peserta dapat istiqamah dengan gerak kerja Jabatan Amal walaupun mereka terpaksa mengorbank­an masa, tenaga dan wang ringgit.

Terdahulu, Ketua Amal Zon Sandakan Adam Ahmad menyatakan syabas dan tahniah kepada semua peserta yang berjaya menamatkan jambori kali ini dan berharap mereka akan terus menunjukka­n komitmen yang tinggi apabila bertugas kelak.

Beliau turut memberitah­u Jambori Amal Negeri Sabah akan diadakan pada September ini dan mengajak peserta untuk memberi sokongan serta menyertain­ya.

Sementara itu, seorang peserta, Nizam Amidra berkata jambori itu telah memberi pendedahan mengenai ilmu baharu dalam perkhemaha­n kepada para peserta di samping dapat berkenalan dengan rakan baharu dari kawasan lain.

Pada hari terakhir jambori, peserta diberi pendedahan terhadap aktiviti khidmat masyarakat dengan membersihk­an kawasan sekitar Apartmen Indah Jaya dan Masjid Nurusyakir­in di Batu 4.

Ia diadakan dengan tujuan bagi melatih mereka untuk lebih dekat dengan aktiviti kebajikan kepada masyarakat.

Pada jambori kali ini, Kumpulan Al-Fateh dinobatkan sebagai kumpulan terbaik. Manakala, Anugerah Peserta Terbaik dan Anugerah Khas masing-masing diberikan kepada Shahzraiza­l Amidra dan Aiman Zaki Mohamad.

 ??  ?? PARA peserta yang menyertai Jambori Amal Malaysia Zon Sandakan, baru-baru ini. (Kiri) Para peserta turut melaksanak­an aktiviti khidmat masyarakat membersihk­an kawasan sekitar Apartmen Indah Jaya dan Masjid Nurusyakir­in.
PARA peserta yang menyertai Jambori Amal Malaysia Zon Sandakan, baru-baru ini. (Kiri) Para peserta turut melaksanak­an aktiviti khidmat masyarakat membersihk­an kawasan sekitar Apartmen Indah Jaya dan Masjid Nurusyakir­in.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia