Utusan Borneo (Sabah)

Kunjungan PM ceriakan madrasah Pengurusan Madrasah Tahfiz Darul Yatama Yacob Khan zahirkan rasa syukur

-

MEMBAKUT: “Kami bangga dan teruja dengan kehadiran pemimpin nombor satu negara ke sini.”

Demikian kata Pengerusi Madrasah Tahfiz Darul Yatama Yacob Khan, Ustaz Malai Ali Malai Ahmad kepada media ketika menerima kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke madrasah berkenaan.

Menurut Malai Ali, pihak pengurusan madrasah itu amat bersyukur dan berterima kasih apabila dimaklumka­n madrasah itu mendapat perhatian daripada Perdana Menteri sehingga beliau berhasrat untuk datang melawat.

“Kami amat berbesar hati menerima kunjungan Datuk Seri Najib ke sini kerana beliau sendiri memilih untuk melawat madrasah ini dan berjumpa dengan anak- anak tahfiz serta kakitangan madrasah,” katanya.

Najib yang tiba di madrasah berkenaan kira- kira jam 2 petang diringi Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman dan rombongan.

Memakai baju melayu merah, Najib disambut meriah dengan alunan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

Semasa lawatan 40 minit itu, Najib dibawa melawat ke bilik penginapan pelajar, pejabat pengurusan dan seterusnya beramah mesra dengan anakanak tahfiz di surau madrasah berkenaan.

 ??  ?? NAJIB mendengar taklimat ringkas daripada Malai Ali semasa melawat dewan dan surau madrasah.
NAJIB mendengar taklimat ringkas daripada Malai Ali semasa melawat dewan dan surau madrasah.
 ??  ?? NAJIB disambut anak-anak tahfiz madrasah dengan alunan selawat.
NAJIB disambut anak-anak tahfiz madrasah dengan alunan selawat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia