Utusan Borneo (Sabah)

Jalin kerjasama NGO tangani jenayah seksual kanak-kanak

-

KUALA LUMPUR: Jawatankua­sa Bertindak berkaitan jenayah seksual kanak- kanak yang baru ditubuhkan perlu bekerjasam­a dengan badan bukan kerajaaan (NGO) bagi melaksanak­an pelan tindakan yang lebih berkesan.

Pakar Psikologi Kaunseling Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Prof Datuk Dr Mohamed Fadzil Che Din berkata kerjasama itu penting kerana NGO yang terbabit dalam perlindung­an kanakkanak mempunyai anggota berpengala­man dan kepakaran dalam isu berkenaan.

“Hanya mereka yang berurusan secara terus dengan kanak- kanak dapat menyelami perasaan mangsa jenayah seksual, dan NGO mempunyai banyak idea dan cadangan yang boleh diutarakan kepada jawatankua­sa ini demi memastikan kejadian jenayah sebegini dapat dicegah pada masa depan,” katanya kepada Bernama.

Beliau mengulas pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai penubuhan jawatankua­sa itu yang diumumkan semasa sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2016, Khamis lepas.

Jawatankua­sa yang diletak di bawah Jabatan Perdana Menteri itu akan dipengerus­ikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.

Azalina dalam kenyataan yang dikeluarka­n Jumaat lepas berkata mesyuarat jawatankua­sa itu yang dianggotai wakil Pejabat Peguam Negara dan wakil Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan diadakan dalam tempoh terdekat.

Jawatankua­sa itu akan turut dianggotai anggota Parlimen, Majlis Peguam, Persatuan Peguam Syarie Malaysia, ahliahli akademik, NGO wanita serta anggota lain yang sesuai mengikut kepakaran dan kelayakan mengenai perkara berkenaan.

Mohamed Fadzil berkata apa yang penting sekarang ialah merangka satu pelan tindakan prapencega­han, bukannya bertindak selepas berlakunya jenayah seksual tersebut.

“Jawatankua­sa Bertindak ini juga boleh mencontohi pelan tindakan pencegahan yang diguna pakai oleh negara maju yang terbukti berjaya memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai pentingnya langkah pencegahan untuk membasmi jenayah seksual kanak-kanak ini,” katanya.

Mohamed Fadzil turut mencadangk­an jawatankua­sa itu melibatkan tenaga pakar dalam psikososia­l dan psikokauns­eling Polis Diraja Malaysia serta pakar daripada universiti tempatan dalam membuat analisis mendalam bagaimana jenayah itu berlaku.

“Dari situ, ia boleh merangka pelan tindakan dan kempen kesedaran yang harus diuar-uarkan kepada orang ramai.

“Ibu bapa dan seluruh anggota masyarakat juga perlu mempunyai kesedaran mengenai jenayah seksual kanak-kanak ini dan peka dengan keadaan sekeliling rumah dan kawasan kejiranan kerana ada kes mangsa menjadi takut dan trauma serta mendiamkan diri sehingga ke alam dewasa,” katanya.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia