Utusan Borneo (Sabah)

SK Laya-Laya sedia hadapi UPSR

-

TUARAN: Semua murid Tahun Enam SK Laya-Laya di sini digesa supaya bersedia menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah ( UPSR) agar mencapai kejayaan yang cemerlang.

Yang Dipertua PIBG SK Laya- Laya Leftenan Komander Rosli Shamsuddin membuat gesaan itu ketika merasmikan Seminar Kemahiran Belajar Siri 7, SK Laya-Laya pada Jumaat lalu.

“Sebagai galakan, PIBG bersedia menghulurk­an sumbangan sebanyak RM200 kepada murid-murid yang mencapai 5A dalam UPSR kelak,” katanya.

Seramai 46 murid bersama ibu bapa masing- masing menghadiri seminar sehari itu sambil menandatan­gani Aku Janji kecemerlan­gan dalam UPSR 2016.

Seminar sehari itu turut menyelitka­n ceramah motivasi kepada muridmurid dan ibu bapa di bawah kelolaan Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Laya-Laya di bawah kendalian Mohd Farijan Mohd Jaimee yang disampaika­n oleh John Paisal Sadeh, Kaunselor Sektor Psikologi dan Kaunseling, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

Seramai enam siswa Program Pensiswaza­han Guru Universiti Malaysia Sabah Kohort 4 turut menyumbang tenaga menjayakan seminar itu.

Turut hadir, Guru Besar SK Laya-Laya Jalius Godsung, PenolongKa­nanKokurik­ulum Mohd Zurin Usol Ghafli serta guru-guru dan AJK PIBG.

 ??  ?? JALIUS menyampaik­an cenderamat­a kepada John Paisal sambil diperhatik­an oleh Rosli.
JALIUS menyampaik­an cenderamat­a kepada John Paisal sambil diperhatik­an oleh Rosli.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia