Utusan Borneo (Sabah)

Peluang kerjaya di Karnival Kerjaya TVET Sabah

-

KOTA KINABALU: Politeknik Kota Kinabalu bakal menjadi tuan rumah Karnival Kerjaya TVET Sabah 2016 pada 5- 6 September depan.

Program ini adalah anjuran bersama Institusi TVET Sabah (Politeknik, Kolej Komuniti dan Kolej Vokasional) dengan kerjasama Koridor Pembanguna­n Sabah dan Jabatan Tenaga Kerja Negeri Sabah (JTK).

Majlis perasmian karnival anjuran kali kedua ini akan disempurna­kanolehTim­balan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mary Yap Kain Ching bertempat di Dewan Rafflesia, Politeknik Kota Kinabalu pada 6 September.

Pengarah Politeknik Kota Kinabalu Roslee Yahya berkata penganjura­n karnival dua hari itu bakal melibatkan sebanyak 18 institusi terdiri daripada Politeknik, Kolej Komuniti dan Kolej Vokasional Sabah yang merupakan institusi pendidikan serta latihan teknikal dan vokasional (TVET).

“Karnival ini sudah pasti menjadi platform dan medium terbaik kepada para pelajar dan lepasan institusi TVET untuk mendapatka­n maklumat berkaitan keperluan industri dan pendedahan alam pekerjaan bagi yang masih belum mempunyai hala tuju kerjaya.

“Lebih 170 peluang pekerjaan ditawarkan oleh 10 agensi pelbagai industri pada karnival kali ini, dan para pelajar khususnya lepasan institusi TVET dan kalangan belia yang masih mencari perkerjaan dialu-alukan untuk hadir temuduga terbuka yang disediakan mulai jam 8 pagi hingga 5 petang.

“Kepada yang berminat menghadiri sesi temuduga, keperluan seperti biodata peribadi dan kelulusan akademik perlu dibawa bersama,” katanya.

Selain itu, tambahnya, Karnival Kerjaya kali ini juga bakal menyaksika­n pelbagai pameran daripada 30 institusi pendidikan tinggi dan industri, selain sesi ceramah dan forum kerjaya oleh wakil industri yang dijemput bagi mendedahka­n para pelajar dan pengunjung tentang senario pekerjaan masa kini.

Roslee berkata Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian Datuk Seri Panglima Raymond Tan Shu Kiah akan turut hadir berkongsi pengalaman dan pandangan beliau dalam sesi ceramah serta forum kerjaya pada 6 September nanti.

“Diharap para pelajar dan orang ramai, khususnya para graduan tidak melepaskan peluang ini untuk bersama- sama mendengar sesi perkongsia­n beliau (Raymond) nanti,” katanya.

Untuk keterangan lanjut berkenaan karnival dan sesi temuduga, boleh berhubung terus dengan Urusetia Karnival Kerjaya TVET Sabah 2016, Noraina Abdul Rahman atau Sierah Ginsos.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia