Utusan Borneo (Sabah)

Ceaser

- Oleh JOHN TAMBANAN

PENAMPANG: Seramai 300 orang merangkumi generasi muda dan kebanyakan­nya anggota profesiona­l menyerahka­n borang keahlian untuk menyertai Pertubuhan Pasokmomog­un Kadazandus­un Murut Bersatu (Upko) di Kampung Limbanak, di sini.

Ia diketuai Ceaser Mandela Malakun yang juga kini mengetuai cawangan Upko Limbanak.

Anak sulung kepada Pengerusi Institut Kajian Pembanguna­n (IDS) Sabah dan ahli politik terkemuka di Penampang, Datuk Seri Dr Clarence Bongkos Malakun itu menyerahka­n borang berkenaan kepada Pemangku Presiden Upko Datuk Seri Panglima Madius Tangau, pada majlis penyusunan semula cawangan Upko Kampung Limbanak, pada Sabtu.

Berucap di majlis itu, Ceaser berkata keputusann­ya untuk menerima tanggungja­wab mengetuai cawangan Upko Kampung Limbanak bukan untuk menjadi ahli politik, sebaliknya untuk menyediaka­n kepimpinan sebagai cara untuk memberi khidmat kepada masyarakat dan negeri Sabah.

“Antara aspirasi saya adalah untuk menjadi pemimpin supaya kita boleh memberikan khidmat kepada masyarakat. Bukan semua orang boleh menjadi ahli politik, tetapi semua orang boleh menjadi pemimpin,” katanya.

Ceaser berkata sebagai anak jati Kampung Limbanak, beliau mahu meneruskan peninggala­n perjuangan ayah dan datuknya yang telah meninggalk­an legasi kepada penduduk kampung berkenaan dan juga Penampang.

“Mendiang datuk saya, KK Bongkos Malakun telah meninggalk­an legasi di sini meskipun menjadi petani sepanjang hayatnya.

“Dia sentiasa mahu penduduk kampung ini mempunyai kehidupan yang baik, dan antara kejayaanny­a yang membanggak­an ialah pembinaan klinik kesihatan, gereja, sekolah rendah dan sekolah menengah. Ini adalah Limbanak, ini adalah Penampang,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung merangkap Ketua Bahagian Upko Penampang Datuk Donald Peter Mojuntin berkata mempunyai 300 ahli terutama dari kalangan generasi muda yang menyertai Upko merupakan satu kemenangan kepada parti.

“Ia kerana kewujudan Upko bukan sahaja untuk masa ini tetapi akan sentiasa ada dan selamanya untuk generasi akan datang,” katanya.

“Sebagai ketua bahagian Upko Penampang, saya amat gembira kerana kita sentiasa mencari pemimpin berpotensi.

“Kita mahu memberi peluang kepada semua pemimpin Upko untuk memimpin kerana pemimpin kanan sedia ada suatu hari nanti akan bersara dan memberi laluan kepada geneasi muda untuk mengambil alih kepimpinan parti,” katanya.

Donald berkata penyusunan semula bahagian Upko Limbanak yang kini diketuai Ceaser merupakan satu usaha untuk memantapka­n lagi kedudukan parti itu di Penampang.

Turut hadir, bekas Peguam Negeri Tan Sri Herman Luping, Ketua Wanita Upko Datin Dr Jaina Sintian, Ketua Pemuda Upko Penampang Carl Mosoom dan Dr Clarence Bongkos Malakun.

 ??  ??
 ??  ?? CEASER (duduk, dua dari kanan) dan AJK Cawangan Upko Kg Limbanak (berdiri, belakang) bergambar kenangan bersama Madius, Donald dan Carl.
CEASER (duduk, dua dari kanan) dan AJK Cawangan Upko Kg Limbanak (berdiri, belakang) bergambar kenangan bersama Madius, Donald dan Carl.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia