Utusan Borneo (Sabah)

Umno Kimanis ikrar sokong kepimpinan Najib

Turut bidas Shafie yang kini menghentam Umno dengan pelbagai dakyah

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

MEMBAKUT: Umno Bahagian Kimanis menzahirka­n sokongan padu kepada kepimpinan PerdanaMen­terimerang­kap Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Ketuanya Datuk Anifah Aman berkata pendirian itu bagi menentukan kelangsung­an agenda pembanguna­n untuk negara dan rakyat.

Sehubungan itu, beliau membidas beberapa perbuatan bekas Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal yang sudah meninggalk­an parti dan kini menghentam pimpinan Umno dengan pelbagai dakyah serta tohmahan tidak berasas.

“Pemimpin yang dahulunya seorang naib presiden Umno, yang mengurus RM15 bilion di bawah pentadbira­n kementeria­nnya, tetapi sekarang ke hulu hilir memekik Sabah untuk Sabahan.

“Saya ingin bertanya, selama berbelas tahun beliau memegang jawatan penting dalam kementeria­n persekutua­n, di mana beliau sewaktu pemimpin Sabah dan rakyat datang dan memohon bantuan?

“Apa sumbangan besar yang telah beliau bawa pulang sebagai tanda kesetiaan dan kasih sayang kepada rakyat Sabah? Terlalu sedikit berbanding puluhan bilion yang diurus tadbir sepanjang beliau di tampuk kuasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kimanis di Dewan Serbaguna Membakut, Ahad lepas.

Anifah yang juga Menteri Luar turut menyatakan rasa hairan dan keliru kenapa dahulu Shafie menolak jemputanny­a untuk bersamasam­a menyelidik Perjanjian Malaysia 1963 dan menuntut apa yang belum diterima masa itu.

Sedangkan, kata beliau, ia jelas untuk memperjuan­gkan hak orang Sabah, tetapi beliau (Shafie) berkeras tidak mahu turut serta, malah marah sebab sepentas bersama pembangkan­g.

“Benar, saya sepentas dengan pembangkan­g. Tetapi saya mahu orang Sabah tahu, tidak ada yang lebih utama dalam prinsip perjuangan saya melainkan hak dan kepentinga­n rakyat di Sabah.

“Walaupun ada ketika saya perlu berterus terang dengan kepimpinan parti, selagi mana itu adalah hak orang Sabah, saya tetap perjuangka­n.

“Sebab itu, sewaktu saya memanggil semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) untuk menyelidik semula Perjanjian Malaysia, saya turut panggil semua ahli pembangkan­g,” katanya.

Menurut Anifah lagi, beliau turut memaklumka­n Perdana Menteri terlebih dahulu waktu itu dan beliau memahami prinsip serta pendiriann­ya.

Sehubungan itu katanya, seluruh lapisan masyarakat di negeri ini diminta supaya tidak terpengaru­h dengan perjuangan palsu Shafie yang dilihat semakin terdesak untuk kembali berkuasa.

Pada mesyuarat itu, Anifah dan seluruh perwakilan sebulat suara akan terus memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang juga Perdana Menteri.

 ??  ?? PERWAKILAN yang hadir turut menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Umno.
PERWAKILAN yang hadir turut menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Umno.
 ??  ?? ANIFAH (kiri) bersama sebahagian AJK bahagian Umno Kimanis menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Umno.
ANIFAH (kiri) bersama sebahagian AJK bahagian Umno Kimanis menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Umno.
 ??  ?? TIMBALAN Ketua Bahagian Umno Kimanis Datuk Arifin Arif (kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Anifah (dua kiri).
TIMBALAN Ketua Bahagian Umno Kimanis Datuk Arifin Arif (kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Anifah (dua kiri).
 ??  ?? SEBAHAGIAN perwakilan yang hadir pada Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kimanis.
SEBAHAGIAN perwakilan yang hadir pada Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kimanis.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia