Utusan Borneo (Sabah)

‘Jack the Ripper’ China dicekup

-

Polis China percaya mereka telah memberkas seorang pembunuh bersiri digelar ‘Jack the Ripper China’ ekoran caranya mencacatka­n mangsa wanitanya, lapor media rasmi semalam, hampir tiga dekad selepas pembunuhan pertama.

Gao Chengyong, 52, ditahan di kedai runcitnya di Baiyin, di wilayah barat laut Gansu, menurut China Daily.

Akhbar menyatakan dia mengakui atas 11 pembunuhan di Gansu dan wilayah berdekatan Inner Mongolia antara 1988 dan 2002, menurut kementeria­n keselamata­n awam.

Gao dikatakan menyasari wanita muda berpakaian merah

BEIJING:

dan mengekori mereka pulang ke rumah sebelum merogol dan membunuh mereka, kebanyakan­nya kemudian dikelar leher dan mayat mereka dicacatkan, menurut laporan.

Mangsa paling muda berusia lapan tahun.

Sebahagian mangsa juga didapati telah dibuang organ organ reprodukti­f mereka, tambah Beijing Youth Daily.

“Suspek mempunyai kelainan seksual dan membenci wanita,” menurut polis pada 2004, menawarkan ganjaran 200,000 yuan bagi maklumat yang membawa kepada penahanan.

“Dia gemar menyendiri dan tidak bersosial, namun penya- bar,” tambah polis.

‘Jack the Ripper’ yang asal merupakan pembunuh bersiri yang aktif di timur London lewat era Victoria, dipercayai membunuh lima wanita, mencacatka­n beberapa orang daripadany­a dan kesnya tidak pernah diselesaik­an.

Gao dikenal pasti selepas seorang ahli keluarga di Baiyin ditangkap polis atas tuduhan jenayah kecil di mana DNAnya diambil dan diperiksa, kata China Daily.

Pihak polis memutuskan pembunuh yang diburu sejak 28 tahun lalu ada mempunyai hubungan, dan DNA Gao menyamai DNA pembunuh, tambahnya. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia