Utusan Borneo (Sabah)

Dua beradik didakwa bunuh ibu empat anak

-

CHICAGO: Kelmarin pihak polis Chicago menyatakan mereka telah menahan dua orang adik beradik dan mendakwa mereka bagi kejadian tembakan maut melibatkan sepupu bintang bola keranjang Dwyane Wade ketika beliau menolak seorang bayi di dalam kereta sorong bayi.

Darwin Sorrells Jr., 26, dan Derren Sorrells, 22, telah berdepan dengan dakwaan bagi pembunuhan peringkat pertama dan cubaan membunuh dengan kematian Nykea Aldridge, 32, ibu empat anak, menurut polis.

Adik- beradik tersebut, dikatakan sebagai anggota kumpulan samseng yang memiliki dokumen, merupakan pesalah yang dibenarkan keluar dari penjara dengan parol ketika kejadian tembakan itu, menurut anggota polis pada taklimat media kelmarin.

Aldridge telah terkenal tembakan ketika suspek melepaskan tembakan ke arah sasaran yang dirancangk­an, seorang pemandu sebuah kereta yang memberitah­u pihak berkuasa beliau bekerja untuk Uber dan sedang menurunkan penumpangn­ya.

Dalam satu taklimat kelmarin, pihak polis tidak menyatakan kenapa pemandu itu menjadi sasaran kecuali untuk menyatakan hawa lelaki itu berasal dari luar kawasan dan kelihatan telah berbalah mulut dengan suspek.

Salah seorang daripada adik-beradik itu telah dikehendak­i untuk memakai alat pengesan sebagai satu syarat bagi penahanan di rumah ketika berada dalam parol, kecuali dari jam 8 pagi hingga 4 petang waktu tempatan di mana dia dibenarkan untuk menjalanka­n urusan peribadi.

Ketika tempoh itulah kejadian tembakan itu berlaku, jelas polis.

Darwin Sorrells dijatuhkan hukuman penjara enam tahun pada 2013 atas pensabitan memiliki senjata namun dibebaskan lebih awal, kata jurucakap polis Anthony Guglielmi dalam Twitter kelmarin. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia