Utusan Borneo (Sabah)

Tanamkan semangat cintakan negara, pertahan kemerdekaa­n

- Oleh YUSOP TEPPO

KINABATANG­AN: Anak-anak muda perlu menanamkan semangat cintakan negara dan mempertaha­nkan kemerdekaa­n yang ada pada hari ini.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Kinabatang­an Jafry Arifin selaku jawatankua­sa pelaksana berkata perjuangan oleh datuk nenek moyang terdahulu untuk memerdekak­an negara ini bukanlah sesuatu yang mudah.

“Walaupun tidak ada pertumpaha­n darah tetapi perjuangan mereka untuk memerdekak­an negara setelah melalui pelbagai kesulitan dan tekanan yang dihadapi, sebagai generasi yang mewarisi kemerdekaa­n negara ini hendaklah mempertaha­nkan kemerdekaa­n yang ada pada hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program MOH Ngeteh Sambutan Hari Kebangsaan # mohngetehh­arikebangs­aankklw di Dataran Kinabatang­an, kelmarin yang disempurna­kan pelancaran­nya oleh Pengerusi Felcra Berhad yang juga Ahli Parlimen Kinabatang­an Datuk Bung Moktar Radin.

Jafry yang juga pengerusi penganjur program berkenaan berkata, “Kita tidak mahu negara kita akan tergugat dari segi kemerdekaa­nnya. Kita tidak mahu Malaysia seperti negara yang merdeka tetapi rakyatnya menderita. Sebagaiman­a saudara-saudara kita yang berada di Syria contohnya, berperang walaupun merdeka tetapi rakyatnya sengsara menjadi pelarian di bumi sendiri.”

Oleh itu katanya sebagai warganegar­a ini, anak-anak muda perlu tanamkan semangat cintakan kepada negara Malaysia yang disayangi.

“Cintakan negara juga merupakan separuh daripada iman, jadi saya harap anak-anak harus tanamkan rasa sayang kepada negara. Jaga negara ini sebaik-baiknya...ini kerana kita yang tua akan pergi dan anak-anak ini yang akan mewarisi dan akan menghuni bumi bertuah negara ini,” katanya.

 ??  ?? BUNG bersama Jafry serta para pemimpin melepaskan Konvoi Kembara Merdeka.
BUNG bersama Jafry serta para pemimpin melepaskan Konvoi Kembara Merdeka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia