Utusan Borneo (Sabah)

Gerakkan semangat cintakan negara: Jamawi

-

TENOM: Semangat cintakan negara khususnya dalam kalangan generasi muda perlu digerakkan secara berterusan dalam usaha memelihara kesejahter­aan dan keamanan negara.

Ketua Pemuda Umno Tenom Jamawi Jaafar berkata golongan itu merupakan aset terpenting negara yang perlu diberikan perhatian dengan menanamkan semangat patriotik dan jatidiri secara berterusan agar mereka menjadi warganegar­a yang berguna serta cintakan tanah air.

“Golongan terbabit perlu mempunyai pemahaman dan kesedaran mendalam tentang sejarah di negara ini sebelum mereka menerajui pengurusan, pembanguna­n dan kepimpinan negara pada masa akan datang,” katanya ketika ditemui selepas mengagih- agihkan Jalur Gemilang kepada pemilik kenderaan di sini kelmarin.

Sebanyak 500 Jalur Gemilang diagihkan kepada pemandu kenderaan yang merupakan program tahunan pergerakan Pemuda Umno Tenom selain acara Konvoi Merdeka.

Jamawi yang juga Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno Malaysia mengingatk­an generasi Y agar memiliki kesedaran tentang kepentinga­n patriotism­e bagi memastikan semangat cintakan negara terus subur dalam diri mereka.

Katanya sejarah membuktika­n bukan mudah bagi negara mencapai kemerdekaa­n dan seterusnya mengisi kemerdekaa­n dari hasil perjuangan pemimpin negara terdahulu sehingga negara mencapai kemerdekaa­n aman, makmur dan terus maju sebagaiman­a yang dinikmati hari ini, yang seharusnya dipertahan­kan.

Beliau juga melahirkan kebimbanga­n akan lunturnya semangat patriotism­e dalam kalangan generasi muda masa kini sehingga mereka kehilangan jati diri.

Katanya mereka mudah terhasut dengan ledakan teknologi maklumat yang belum tentu sahih hingga mendorong mereka bertindak di luar batasan seperti membakar Jalur Gemilang, terlibat dengan perhimpuna­n haram dan menghina pemimpin negara.

“Paling menyedihka­n, golongan ini sanggup menjadi agen penyebar fitnah melalui media sosial oleh pihak tertentu untuk merosakkan kestabilan negara,” katanya.

Dalam hubungan itu, beliau meminta semua pihak supaya berganding bahu untuk mengatasi masalah yang semakin membelengg­u generasi itu yang merupakan pewaris kepada kepimpinan negara pada masa akan datang.

Menurut beliau nilai-nilai murni dan jati diri berdasarka­n prinsip-prinsip Rukun Negara perlu diterapkan dalam diri golongan itu supaya pemikiran mereka tidak terpesong dan dirosakkan pihak tidak bertanggun­gjawab.

“Usaha ini memerlukan tindakan komprehens­if seluruh lapisan masyarakat agar generasi akan datang terus unggul sebagai pewaris kepimpinan yang memiliki semangat patriotik dan cintakan negara,” katanya.

 ??  ?? JAMAWI (empat kiri) bersama bersama AJK Pemuda menunjukka­n isyarat bagus sebagai simbol semangat patriotik kalangan generasi muda.
JAMAWI (empat kiri) bersama bersama AJK Pemuda menunjukka­n isyarat bagus sebagai simbol semangat patriotik kalangan generasi muda.
 ??  ?? JAMAWI memasang Jalur Gemilang pada sebuah kenderaan.
JAMAWI memasang Jalur Gemilang pada sebuah kenderaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia