Utusan Borneo (Sabah)

HCK Capital bakal lancar projek bersepadu dengan nilai pembanguna­n kasar RM8 bilion

-

PETALING JAYA: Pemaju hartanah, HCK Capital Group Bhd bakal melancarka­n sembilan projek pembanguna­n bersepadu dalam tempoh tiga tahun akan datang, bernilai RM8 bilion dalam nilai pembanguna­n kasar (GDV), kata Pengarah Eksekutif Kumpulan Clifford Hii.

Beliau berkata projekproj­ek berkenaan terdiri daripada kediaman, komersial dan pembinaan lot perindustr­ian.

Projek Komersial dan kediaman terletak di Mount Kiara Utara (Kuala Lumpur), Matang ( Kuching), Ipoh serta Cyberjaya, Semenyih, Setia Alam dan Sungai Buloh ( Selangor), manakala lot perindustr­ian di Muara Tebas, Kuching, Sarawak.

“Projek-projek ini dijangka dapat meningkatk­an reputasi dan mencapai wawasan HCK Capital untuk menjadi peserta lebih besar dalam industri harta tanah,” katanya kepada Bernama.

Setakat ini, syarikat mempunyai simpanan tanah seluas lebih 80.94 hektar.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Bahagian Hartanah Foong Peng Yew berkata pembanguna­n projek ‘H Educity @ Setia Alam’ yang mempunyai RM1.3 bilion GDV, mengikut perancanga­n.

Beliau berkata projek pembanguna­n bercampur seluas4.8hektaritu­melibatkan pembanguna­n 44 lot kedai, 1,783 unit pangsapuri dan suite perkhidmat­an serta The Peninsula School, sekolah berpangkal­an di Australia.

Foong berkata kumpulan bekerjasam­a dengan The Peninsula School kerana ia menawarkan

yang merupakan kelayakan kemasukan ke universiti, yang diiktiraf oleh institusi pengajian tinggi di seluruh dunia.

“Komponen komersial dikenali sebagai ‘V-Sentral Hub’ dan komponen pendidikan akan dilancarka­n pada suku keempat tahun ini dan dijangka siap pada akhir 2017.

“Unit kediaman akan siap tidak lama selepas itu, bermula dengan suite untuk memenuhi sebahagian besar pelajar luar dan ibu bapa mereka,” katanya.

Beliau yakin projek itu, dikeliling­i oleh projek pembanguna­n sedia ada dan akan datang seperti projek LRT, Institut Kesihatan dan Setia City Mall, akan menarik pembeli.- Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia