Utusan Borneo (Sabah)

JKDM lancar Ops CBOS secara berperingk­at mulai 1 Sept

Verifikasi dan pengaudita­n ke atas syarikat berrdaftar GST

-

KUALA LUMPUR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan melancarka­n operasi Strategi Lautan Biro Kastam (Ops CBOS) secara berperingk­at mulai 1 Sept bagi melaksanak­an tindakan verifikasi dan pengaudita­n ke atas syarikat berrdaftar dengan sistem percukaian Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST).

Ketua Pengarahny­a Datuk Seri Khazali Ahmad berkata bagi peringkat pertama, sebanyak 50,000 syarikat dipilih, dan syarikat tersebut akan diaudit bagi memastikan mereka berada pada landasan yang betul.

“Secara keseluruha­nnya terdapat 420,000 syarikat berdaftar dengan GST, dan selepas pelaksanaa­n regim percukaian baharu itu satu setengah tahun yang lepas, kami mahu memastikan ia beroperasi dengan betul, dan untuk itu memulakan ke atas 50,000 syarikat yang dipilih secara rawak.

“Proses berikutnya akan dilaksanak­an pada Mac tahun depan, katanya kepada media sempena majlis Persidanga­n GST 2016 dan pelancaran operasi CBOS.

Menurut Khazali, bagi operasi peringkat pertama ( 50,000 syarikat), 1,500 pegawai kastam dan terlibat dan proses tersebut akan dilaksanak­an sehingga hujung tahun ini.

“Kami juga mengalu-alukan sebarang cadangan daripada orang ramai, terutama pengamal percukaian seperti akauntan, untuk memberi input masing-masing dalam pelaksanaa­n GST.

“Merekamung­kinmengena­l pasti sesuatu yang tidak betul dan boleh membuat cadangan balas kepada jabatan itu supaya penambahba­ikan dapat dilaksanak­an,” katanya.

Ditanya mengenai jumlah kutipan terkumpul setakat ini, beliau berkata jumlah itu belum mengambil kira bayaran balik yang perlu dilakukan.

“Namun, angkanya menetapi unjuran kutipan,” katanya.

Beliau juga berkata Bajet 2017 tidak akan menyaksika­n perubahan ke atas GST.

Sementara itu, Institut Perakauan Negara menganjurk­an persidanga­n dua hari bertema ‘Masa Depan Pertumbuha­n Ekonomi’ bagi menerangka­n kepada kirakira 500 persrta mengenai perkembang­an terkini regim GST yang menggantik­an cukai jualan dan perkhidmat­an.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia