Utusan Borneo (Sabah)

Sektor GBS M’sia tambah 6,000 pekerjaan pada 2016

-

KUALA LUMPUR: Sektor perkhidmat­an perniagaan global ( GBS) Malaysia bersedia untuk menambah 6,000 pekerjaan tahun ini, berdasarka­n kepada daya tahannya terhadap persekitar­an ekonomi yang kurang memberangs­angkan.

Ketua Strategi dan Perancanga­n bagi Perkhidmat­an Perniagaan Global Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Nik Izuddin Nik Mohd Yusof berkata sektor GSB mencatatka­n 86,801 pekerjaan pada 2015.

“Kita tidak menyaksika­n kelembapan ketara (dalam industri GBS). Ia masih menggalakk­an. Kita berharap dapat mencapainy­a dalam tahun ini,” katanya kepada Bernama.

Beliau bagaimanap­un tidak menjelas lanjut mengenai prestasi indsutri setakat ini.

Nik Izuddin berkata demikian semasa ditemui selepas majlis graduasi program Skim Pengurusan Kebolehpas­aran Graduan (GEMS-SSO) melibatkan 20 penuntut dari lima universiti tempatan baru-baru ini.

Program berkenaan dianjurkan bersama oleh Outsourcin­g Malaysia, MDEC dan Talent Corp Malaysia Bhd (TalentCorp), yang memberi pendedahan penuntut tahun akhir kepada industri sebelum tamat pengajian.

Program berkenaan dibiayai bersama oleh TalentCorp dan rakan industri dari sektor GBS.

Di bawah program GEMS- SSO, mahasiswa perlu menjalani latihan intensif selama 10 hingga 12 hari dengan pengkhusus­an sumber manusia atau kewangan.

Latihan ini diiktiraf di peringkat antarabang­sa dan dikendalik­an tenaga pengajar berkelayak­an Profesiona­l Persatuan Penyumbera­n Luar (IAOP).

Di samping itu, penuntut dikehendak­i menduduki peperiksaa­n pensijilan IAOP Pakar Penyumbera­n Luar yang diiktiraf di peringkat global serta menjalani latihan amali minimum 10 minggu hingga enam bulan dengan syarikat GBS.

Sejak program ini dimulakan pada 2014, lebih 250 penuntut tahun akhir dilatih dan diletakkan sebagai pelatih dan kemudianny­a diserap oleh industri.

Sementara itu, Pengarah Outsourcin­g Malaysia, Justin J. Anthony berkata, bidang GEMS- SSO akan diperluask­an daripada sumber manusia dan kewangan dalam tempoh enam bulan akan datang.

“Kami bermula dengannya dan dengan kesinambun­gan program ini, kami akan melihat bidang lain seperti teknologi maklumat dan pemasaran, “katanya.

Outsoucing Malaysia adalah cawangan Persatuan ICT Kebangsaan Malaysia. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia