Utusan Borneo (Sabah)

SEED bantu 2,500 usahawan wanita India sejak 2013

-

KUALA KANGSAR: Sekretaria­t Khas Untuk Memperkasa­kan Usahawan India ( SEED) di Jabatan Perdana Menteri, berjaya membantu seramai 2,500 usahawan wanita India di seluruh negara mendapatka­n pembiayaan perniagaan berjumlah RM30 juta sejak 2013.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Dr A. T Kumarajah berkata pembiayaan berkenaan disalurkan menerusi pihak Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

Menurutnya, bagi tempoh Januari sehingga Julai 2016, seramai 1,100 usahawan wanita India mendapat pembiayaan RM12 juta melalui AIM.

“Kita telah melaksanak­an pelbagai program membantu usahawan India menggunaka­n model yang sama seperti Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU).

“Pada Oktober depan misalnya, SEED dan TERAJU akan berkerjasa­ma membantu usahawan India dan Bumiputera berpotensi dengan menempatka­n produk mereka di Pasaraya Mydin di bawahprogr­amWholesal­eand Retail (Borong dan Runcit),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Bengkel Kepimpinan Usahawan Wanita India AIM di sini, semalam.

Turut hadir, Pengurus Besar Bahagian Kawalan Pembiayaan AIM Mohd Ramdani Kassim dan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid.

Seramai 76 usahawan dan pemimpin pusat SEED dari sekitar Kuala Kangsar, Taiping serta Selama menyertai bengkel itu yang bertujuan memberi latihan kepimpinan serta motivasi untuk usawahan mengembang­kan perniagaan mereka.

“Bengkel ini ternyata penting apabila 99 peratus ( peserta) dapat membuat pembayaran AIM dan menjadi pencapaian yang memberangs­angkan,” katanya.

Sekretaria­t SEED yang ditubuhkan pada Ogos 2012, merupakan inisiatif Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang bertujuan menerajui, memacu dan menyelaras penglibata­n usahawan kaum India di dalam teras agenda pembagunan ekonomi negara.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia