Utusan Borneo (Sabah)

SK Pantai, SMK Lajau kuasai robotik Labuan

Pertanding­an Robotik Kebangsaan 2016 pupuk minat murid

-

LABUAN:Sekolah Kebangsaan ( SK) Pantai menguasai Pertanding­an Robotik Kebangsaan 2016 Peringkat Wilayah Persekutua­n Labuan kategori sekolah rendah selepas meraih johan dan naib johan bagi kategori Open Elementary yang bertema untuk menerima plak, pingat dan sijil.

Bagi kategori (pro) yang bertema johan menjadi milik SK Bukit Kalam, kedua SKK SK St Anne Convent dan ketiga SK Bukit Kalam untuk masingmasi­ng menerima plak, pingat dan sijil. Sementara bagi kategori ( pro) bertema SMK Lajau muncul johan dan naib johan sekaligus menerima plak, pingat dan sijil.

SMK Lajau sekali lagi cemerlang selepas menguasai tiga tempat teratas bagi kategori (pro) bertema untuk membawa balik plak, pingat dan sijil.

Tempat pertama dan kedua kategori Regular Elementary (Rookie) yang bertemakan

pula dimenangi Labuan Internatio­nal School.

Sebanyak enam sekolah rendah dan menengah telah menghantar wakil bagi pelbagai kategori Pertanding­an Robotik Kebangsaan 2016 peringkat Wilayah Persekutua­n Labuan yang diadakan di Bilik Rafflesia, Kompleks Ujana Kewangan pada 20 Ogos yang lalu.

Menurut Ketua Unit Badan Beruniform Sains dan Matematik SPPK Jabatan Pendidikan Negeri Labuan Mohd Aminudin Haji Abdul Malik, Pertanding­an Robotik Kebangsaan ( NCR) itu dianjurkan oleh Kementeria­n Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Sasbadi Holdings Berhad sejak tahun 2005 lagi.

Objektif utama penganjura­n NRC adalah untuk memupuk minat murid terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik ( STEM) serta mengasah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), membina kreativiti dan kemahiran menyelesai­kan masalah.

Majlis penutupan dan penyampaia­n hadiah serta sijil penyertaan disempurna­kan oleh Ketua Sektor Pengurusan Pembanguna­n Kemanusiaa­n, Hasbullah Amit.

Turut hadir, ketua rombongan Sasbadi, Kendrick Lee Kean Seng, Penolong Kanan Kokurikulu­m SK Pantai Abdul Kahar Abdul Rahim serta guru-guru Sains dan Matematik Labuan.

Sementara itu, Hasbullah berkata dengan kerjasama Sasbadi Holding, pertanding­an ciptaan diwujudkan bagi menggalakk­an budaya reka cipta dan inovasi dalam kalangan pelajar di samping membangunk­an produk rekacipta tempatan.

Katanya pertanding­an sedemikian dapat meningkatk­an ketrampila­n dan daya usaha pelajar dalam kejurutera­an inovasi.

“Ia juga menggalakk­an para pelajar menjalani aktiviti kokurikulu­m yang berteraska­n pemikiran kreatif dan inovasi dalam bidang penyelidik­an dan pembanguna­n. Hal ini bertepatan dengan tema pertanding­an robotik iaitu ‘ katanya.

Hasbullah juga mengharapk­an agar ada anak-anak dari wilayah akan berjaya mencipta satu robot yang mempunyai pelbagai fungsi dan boleh membantu memudahkan kerja manusia kelak.

Beliau merakamkan ucapan penghargaa­n dan terima kasih kepada pihak Sasbadi Holding atas kerjasama yang baik dan AJK Pengelola SK Pantai yang telah membantu menjayakan pertanding­an itu.

 ?? (Gambar kanan) ?? PELAJAR SMK Lajau membuat percubaan ke atas robot mereka sebelum dipertandi­ngkan. PELAJAR Labuan Internatio­nal School fokus kepada sistem protokol komputer untuk Robot mereka.
(Gambar kanan) PELAJAR SMK Lajau membuat percubaan ke atas robot mereka sebelum dipertandi­ngkan. PELAJAR Labuan Internatio­nal School fokus kepada sistem protokol komputer untuk Robot mereka.
 ?? Rap the Scrap ?? PELAJAR SK Pantai menerangka­n fungsi robot yang bertema seorang pengadil. kepada salah
Rap the Scrap PELAJAR SK Pantai menerangka­n fungsi robot yang bertema seorang pengadil. kepada salah
 ??  ?? PESERTA SK Pantai bergambar kenangan bersama pihak pentadbir semasa perhimpuna­n sekolah. Turut kelihatan Guru Besar Jumat Latip (lima dari kanan).
PESERTA SK Pantai bergambar kenangan bersama pihak pentadbir semasa perhimpuna­n sekolah. Turut kelihatan Guru Besar Jumat Latip (lima dari kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia