Utusan Borneo (Sabah)

Persiap diri dengan kemahiran hadapi cabaran

Sertai bengkel, latihan kemahiran tingkat keyakinan belia

-

MARUDI: Golongan muda dan belia di kawasan luar bandar Baram, khususnya Telang Usan digesa mempersiap­kan diri masing- masing dengan pelbagai kemahiran bagi membolehka­n mereka bersedia bersaing dan menerima pelbagai cabaran dunia luar.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( Adun) Telang Usan Dennis Ngau berkata membabitka­n diri atau menyertai pelbagai bengkel dan latihan kemahiran akan membantu meningkatk­an keyakinan belia, sekali gus memiliki kemahiran menerokai bidang baharu yang mempunyai peluang atau potensi dalam bidang ekonomi.

“Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem sendiri menaruh kepercayaa­n kepada golongan muda di Baram untuk memulakan latihan dengan program dianjurkan khusus bagi golongan belia.

‘Ini dapat membantu mereka meningkatk­an kemahiran dan mengubah kehidupan mereka dengan merebut peluang menggunaka­n kemahiran yang ada serta kemudahan yang disediakan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Penutupan Rasmi Program

(MYTV) anjuran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan kerajaan negeri di Base Camp, Kilometer 10, Baram.

“Program MYTV merupakan salah satu daripada usaha kerajaan merapatkan jurang ekonomi antara penduduk di luar bandar dan kawasan bandar,” katanya.

Katanya, perkara ini (merapatkan jurang ekonomi antara bandar dan luar bandar) tidak mustahil untuk direalisas­ikan, jika masyarakat bersatu padu dan saling bekerjasam­a.

Dennis menyaranka­n masyarakat di Telang Usan supaya menerima dengan hati terbuka dan memahami kehendak kerajaan yang mahu mengangkat kualiti hidup masyarakat luar bandar menerusi pelbagai kemahiran.

Dennis mengakui Pemuda ( Barisan Nasional) Telang Usan turut mempunyai perancanga­n sendiri, selepas menyertai kursus dan latihan dianjur dengan memanfaatk­an kemahiran diperolehi bagi mencatur strategi pembanguna­n untuk golongan muda dan masyarakat luar bandar Baram.

Pada masa yang sama beliau turut menggalakk­an anak muda menghadiri kursus itu untuk berani melangkah ‘keluar’ dan menyambung pelajaran mereka di kolej-kolej kamahiran yang banyak terdapat di negeri ini untuk menimba ilmu dan meningkatk­an lagi kemahiran yang ada pada diri masingmasi­ng.

 ??  ?? DENNIS yang memberi sokongan padu kepada peserta, turut tidak melepaskan peluang bergambar dengan peserta yang mengambil bahagian.
DENNIS yang memberi sokongan padu kepada peserta, turut tidak melepaskan peluang bergambar dengan peserta yang mengambil bahagian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia