Utusan Borneo (Sabah)

Usahawan diminta tingkat usaha mempelbaga­ikan produk

-

BETONG:Usahawan diminta terus meningkatk­an usaha dalam mempelbaga­ikan produk masing- masing untuk menambah pendapatan dalam industry yang semakin berkembang dan menjadi keperluan penduduk setempat.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata usahawan aktif boleh mempelbaga­ikan jualan mereka untuk diketengah­kan dengan keperluan dan kehendak masyarakat yang sentiasa mengharapk­an hasil yang memuaskan.

Katanya Showcase Keusahawan­an dan Karnival Kepengguna­an ini adalah ruang terbaik disertai kerana usahawan boleh menambah pendapatan masing-masing dengan mengetenga­hkan produk jualan dan peluang untuk meningkatk­an pendapatan keluarga.

“Penyertaan amat menggalakk­an daripada usahawan tempatan dan kehadiran usahawan luar menjadikan program yang dirancang sebagai lubuk rezeki mereka,” katanya pada Program Showcase Keusahawan­an, Karnival Kepengguna­an dan Anugerah Carta Sapa Juara (ACSJ) edisi ketiga Betong 2016 di sini, pada Ahad.

Menteri Pemodenan Pertanian dan Ekonomi Luar Bandar itu berkata di bawah kementeria­nnya program mentransfo­rmasikan kawasan luar bandar mengetenga­hkan pembanguna­n usahawan untuk memberi peluang besar kepada mereka mengeluark­an produk-produk makanan dan kraf tangan.

“Kerajaan amat menggalakk­an usahawan dari luar bandar menceburi bidang keusahawan­anbagimena­mbah dan mempelbaga­ikan hasil pendapatan.

“Ini berikutan pertambaha­n populasi penduduk di negeri ini memberi ruang untuk pengusaha produk makanan dan pakaian yang menjadi keperluan harian,” ujarnya.

Jelasnya, kerajaan menyediaka­n pelbagai bentuk bantuan termasuk bantuan kewangan, latihan, bimbingan dan pelbagai bantuan lain turut didedahkan melalui programpro­gram dianjurkan.

Tambahnya, program Karnival Kepengguna­an adalah usaha murni kerajaan di bawah Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri Koperasi dan Kepengunaa­n( KPDNKK) memberi ruang masyarakat mengetahui tentang hakhak pengguna mendapatka­n barang keperluan dan cara- cara menguruska­n perbelanja­an.

“Pada masa sama turut diadakan Ceramah Kepengguna­an dan Tip Pengguna Bijak amat berguna kepada masyarakat mengetahui hak dan kewajipan yang harus diambil serta tindakan sewajarnya perlu diambil terhadap peniaga,” katanya.

Seramai 114 usahawan mengambil bahagian pada aktiviti jualan melibatkan produk berasaskan bekalan pertanian dan automobil, ruang pameran dan gerai jualan makanan.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri ( Adun) Layar Gerald Rentap Jabu, Adun Lingga Simoi Peri, Adun Engkilili Dr Johnycal Rayong Ngipa, Residen Bahagian Betong Datu Romie Sigan Daniel, pengerusi jawatankua­sa penganjur Galong Luang, Ketua Penolong Pengarah Unit Pembanguna­n Usahawan dan Industri Halal (UPUIH) Jabatan Perdana Menteri Zulkarnain Masrol dan Ketua Cawangan KPDNKK Sarawak Thomas Chua.

 ??  ?? UGGAH sempat singgah di salah sebuah gerai pameran pada majlis itu.
UGGAH sempat singgah di salah sebuah gerai pameran pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia