Utusan Borneo (Sabah)

Sebuah keluarga cemas ditawan sekumpulan perompak

-

BAU: Sebuah keluarga menempuh detik cemas apabila ditawan sekumpulan perompak yang bersenjata, disyaki ‘ Geng Rantau’ di kediaman mereka di Musi, Jalan Bau-Batu Kawa di sini, awal pagi Ahad.

Menurut Ketua Polis Daerah Bau DSP Mohd Sabri Zainol, kejadian itu berlaku apabila enam lelaki dipercayai warga asing memecah masuk kediaman kontraktor berusia 51 tahun itu sekitar jam 3 pagi.

Ketika kejadian, hanya mangsa bersama ibunya yang berusia 70 tahun dan dua anak lelakinya, masing- masing berusia 12 dan 15 berada dalam rumah itu.

“Mangsa bersama tiga lagi ahli keluargany­a dirompak oleh enam lelaki yang disyaki warga Indonesia. Tiga daripada perompak itu bersenjata­kan parang.

“Mangsa dan semua ahli keluarga telah diikat menggunaka­n tali pengikat langsir di rumah,” katanya sambil menambah, tidak ada sebarang kecederaan dilaporkan.

Sabri berkata, dalam kejadian tersebut, mangsa dianggarka­n mengalami kerugian lebih kurang RM150,000 apabila pelbagai barang termasuk kenderaan Nissan Murano, televisyen, dua unit iPhone dan sejumlah wang dilarikan oleh kumpulan itu.

Siasatan di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan 379 A Kanun Keseksaan sedang giat dijalankan.

Modus operandi sama turut dikesan pada kes sebuah keluarga di Kampung Stakan Melayu, dekat sini yang dirompak sekumpulan warga Indonesia pada Selasa lepas.

Dalam kejadian sekitar 2 pagi itu, lima lelaki bertopeng dan bersenjata­kan parang dikatakan memecah masuk rumah empat sekeluarga tersebut dan mengikat mereka dalam sebuah bilik sebelum melarikan kereta jenis Toyota Hilux dan sebuah motosikal jenis Honda Wave.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia