Utusan Borneo (Sabah)

IPD Betong komited turunkan indeks jenayah

-

BETONG: Ibu Pejabat Polis Daerah ( IPD) Betong terus komited memberi perhatian serius dalam usaha membantera­s jenayah sekali gus berusaha demi perkhidmat­an terbaik menjadikan Betong kawasan yang selamat.

Bercakap pada program lawatan Ahli Dewan Undangan Negeri ( Adun) Layar Gerald Rentap Jabu ke IPD Betong, Ketua Polis Daerah Betong DSP Fahdil Antum Abdullah memberitah­u, kekangan utama dihadapi ialah keluasan kawasan pentadbira­n membabitka­n sebuah IPD, tiga balai polis dan sebuah pondok polis.

“Dalam keadaan kawasan besar, kekurangan kemudahan dan fasiliti menjadi masalah utama perkhidmat­an cekap dan cepat selain kekurangan anggota untuk setiap giliran bertugas,” katanya.

Fahdil memberitah­u, di samping itu pihaknya merangka pelbagai program membendung jenayah di kawasan pentadbira­n IPD Betong yang menjadi fokus memberi keamanan dan kesejahter­aan kepada masyarakat.

“Ketangkasa­n anggota menyelesai­kan jenayah dalam tempoh singkat selain kesedaran orang ramai membantu menangani sebarang kegiatan mencurigak­an dapat menjamin keamanan dan kesejahter­aan masyarakat,” tegasnya.

Fahdil turut menjelaska­n bahawa kadar jenayah indeks dalam tempoh Januari hingga Ogos berkuranga­n berbanding tahun lalu iaitu sebanyak 50 kes melibatkan kekerasan dan harta benda.

“Jenayah kekerasan melibatkan tiga jenayah rogol, satu jenayah samun berkumpula­n bersenjata dan dua jenayah dengan sengaja mendatangk­an kecederaan ( di bawah Seksyen 323, 325 dan 326).

“Manakala jenayah harta benda melibatkan lapan kes curi ( di bawah Seksyen 379, 380 dan 381), empat kes curi motokar, 24 kes curi motosikal dan lapan kes pecah rumah dan curi,” katanya.

Jelasnya, pada masa sama sebanyak 21 tangkapan telah dibuat dengan 15 berjaya diselesai.

“Sementara itu bagi kes judi yang melibatkan 11 kes loteri haram, dua kes mesin perjudian dan dua kes sabung ayam dengan jumlah 15 kes dan 28 tangkapan,” katanya.

“Dalam pada itu bagi statistik penyalahgu­naan dadah, sebanyak 90 kertas siasatan dibuka di bawah Akta Dadah Berbahaya( ADB) dengan jumlah 86 hasil tangkapan dilakukan.

“Kami turut merampas dadah jenis syabu dengan hasil rampasan sebanyak 3.35 gram berbanding 12.112 gram pada 2015,” katanya.

Jelasnya, kes rampasan pil nospan sebanyak 54 biji bagi tempoh yang sama tahun ini berbanding 325 tahun lepas.

 ??  ?? GERALD bersama barisan pegawai PDRM merakam kenangan di hadapan IPD Betong.
GERALD bersama barisan pegawai PDRM merakam kenangan di hadapan IPD Betong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia