Utusan Borneo (Sabah)

Hasil rundingan kerajaan negeri, Petronas perkembang­an amat baik

-

SIBU: Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Pembanguna­n Tenaga Kerja dan Latihan) Datu Len Talif Salleh berkata persetujua­n hasil rundingan antara kerajaan negeri dan Petronas adalah satu perkembang­an yang baik.

Beliau berkata, Petronas menyediaka­n sehingga 50 tempat bagi rakyat Sarawak untuk pengajian ijazah sarjana muda di Universiti Teknologi Petronas dan memperheba­t latihan teknikal bagi rakyat Sarawak dan mendaftar lebih ramai rakyat Sarawak di pusat-pusat latihan mereka di seluruh negara.

“Rundingan antara Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Petronas dipersetuj­ui bagi memastikan anak-anak Sarawak diberi peluang berkecimpu­ng atau terlibat dalam latihan dan pekerjaan di Petronas,” katanya.

Len berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tujuh perkara dipersetuj­ui hasil rundingan antara kerajaan negeri dan Petronas selepas menyempurn­akan Majlis Perasmian Program Training & Industrial Awareness (TRIA) Zon Tengah 2016 di Universiti Kolej Teknologi Sarawak (UCTS) di sini, pada Ahad.

Beliau berkata, mereka menterjema­hkan peluang berkenaan bagi memastikan ia dilaksanak­an sebaikbaik­nya dan apa sahaja yang dipersetuj­ui memberi manfaat kepada anak-anak Sarawak.

Sementara itu, beliau mencadangk­an agar Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyediaka­n pinjaman pembiayaan kos latihan pemandu bas dan pengendali­an operator jentera berat kepada golongan muda di negeri ini.

Katanya langkah itu dapat membantu golongan muda menjalani latihan kemahiran dan menjadikan pemandu bas dan pengendali­an jentera berat sebagai kerjaya meraka.

“Kita mengalami masalah kekurangan pemandu bas di Sarawak. Ini kerana untuk mengambil lesen memandu bas menelan kos RM5,000 hingga RM6,000.

“Maka, tindakan proaktif perlu dilakukan memastikan anak-anak kita diberi latihan kemahiran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia