Utusan Borneo (Sabah)

Ibu bapa digesa galak, sokong pembanguna­n pembelajar­an anak

-

KUCHING: Ibu bapa digesa menggalak dan memberi sokongan penuh dalam setiap sudut pembanguna­n pembelajar­an anak masing-masing untuk menjadi seorang yang berjaya.

Ini termasuk memantau diet, masa tidur dan kesihatan untuk kedua-dua pembanguna­n mental dan fizikal anak-anak mereka.

“Kesihatan mental mereka terutamany­a perlu diberi perhatian kerana ini akan membantu mereka membendung sebarang gangguan dalam fikiran mereka.

“Adalah perlu untuk mengajar mereka bagaimana mengatur masa dengan bijak.

“Dengan cara ini, mereka boleh menghabisk­an masa untuk bermain dan belajar,” kata Menteri Muda Kemudahan Awam (Telekomuni­kasi dan Elektrik) Dr Abdul Rahman Junaidi.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pelancaran Program Ibu Bapa di SK Temenggong dengan penglibata­n 51 murid UPSR di sekolah pada Ahad.

Dr Abdul Rahman berkata, sokongan ibu bapa akan memberi anak-anak mereka kekuatan terutama apabila menghadapi peperiksaa­n awam.

“Oleh itu, dengan bimbingan ibu bapa dan pelan belajar sistematik, mereka akan dapat mencapai matlamat mereka.

“Bersama Biro Pendidikan Pantai Damai, kami berharap taraf pendidikan di kawasan ini akan terus meningkat selaras dengan motto biro, ‘Satu Keluarga, Satu Graduan’,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Damai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia