Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan negeri sambut baik Sebarang usaha ke arah tingkatkan mutu dan ahli sukan

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Kerajaan negeri amat mengalualu­kan sebarang usaha ke arah memperting­katkan mutu dan ahli sukan agar dapat ditonjolka­n hingga ke peringkat antarabang­sa.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata kejohanan-kejohanan peringkat kebangsaan bukan sahaja memberi peluang kepada pemain dan pengurus pasukan untuk berjumpa dengan rakan- rakan dari pelbagai negeri, bahkan dapat merasai suasana pertanding­an peringkat tertinggi di negara ini.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Kejohanan Bola Tampar Senior Kebangsaan 2016 di Kompleks Sukan Sandakan di sini, kelmarin. Teks ucapan beliau disampaika­n oleh Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Zakaria Haji Mohd Edris.

Hadir sama, Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin; Presiden Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) Dr Hii Sui Cheng; Presiden Persatuan Bola Tampar Sabah (SAVA) Datuk Alipudin Haji Puyon; dan Timbalan Presiden Majlis Perbandara­n Sandakan (MPS) Haji Hamsan Awang Supain.

Menurut Musa kejohanan itu bukan sahaja menjadi platform bagi mencari pemain yang terbaik dan berbakat untuk mewakili pasukan kebangsaan, malah ia juga dapat melahirkan warga yang sihat, cergas dan produktif.

“Di samping itu, kejohanan jugadapatm­emupuksema­ngat kerjasama dan semangat berpasukan yang tinggi dalam sesebuah pasukan,” katanya.

Beliau berkata budaya bersukan sememangny­a perlu disemarakk­an dalam diri dan bukannya sebagai aktiviti yang membebanka­n. Sebaliknya, bersukan adalah satu medium untuk sentiasa kekal cergas dan aktif.

Justeru, beliau mengajak masyarakat untuk menjadikan sukan dan riadah sebagai rutin dan amalan seharian bagi mengekalka­n kesihatan dan kecergasan diri masingmasi­ng.

Sebanyak lima pasukan mengambil bahagian dalam kejohanan itu yang julung kali diadakan di negeri ini termasuk Johor, Sarawak, Wilayah Persekutua­n Labuan, Sabah dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kejohanan itu berlangsun­g selama empat hari bermula 29 Ogos hingga 1 September. Ia merupakan anjuran bersama MAVA, SAVA, MPS, Kerajaan Negeri Sabah, Majlis Sukan Negeri Sabah serta Hotel Borneo Cove.

Majlis penutupan kejohanan dijangka disempurna­kan oleh Menteri Belia dan Sukan Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan pada 1 September.

 ??  ?? PENGERUSI Kelab Ragbi OSCA Warriors; Benjamin Nair menyampaik­an hadiah juara 14 tahun ke bawah perempuan kepada pasukan Maktab Sabah.
PENGERUSI Kelab Ragbi OSCA Warriors; Benjamin Nair menyampaik­an hadiah juara 14 tahun ke bawah perempuan kepada pasukan Maktab Sabah.
 ??  ?? HII (kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Zakaria selepas merasmikan Kejohanan Bola Tampar Senior Kebangsaan 2016.
HII (kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Zakaria selepas merasmikan Kejohanan Bola Tampar Senior Kebangsaan 2016.
 ??  ?? ZAKARIA (dua kanan) menyampaik­an cenderahat­i kepada wakil pasukan yang bertanding.
ZAKARIA (dua kanan) menyampaik­an cenderahat­i kepada wakil pasukan yang bertanding.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia