Utusan Borneo (Sabah)

Trex Puller berazam capai kemenangan di Terbuka Borneo

- Oleh HENRY BATING

KENINGAU: Pasukan Trex Puller yang mewakili pedalaman ke kejohanan tarik tali terbuka Borneo di Limbang Oktober depan berazam memberikan saingan terbaik untuk membawa pulang satu kemenangan yang boleh dicatat sebagai rekod terbaik.

Jurulatih Trex Puller Johnnie James Majanau berkata untuk mencapai azam itu pasukannya sedang giat membuat persediaan dengan mewujudkan kombinasi kekuatan dalam kalangan penarik tali berpengala­man.

“Pasukan kami terdiri daripada 10 penarik yang diharap melalui sesi latihan yang teratur dapat menggemble­ng kekuatan berpasukan,” kata ketika menghubung­i

Johnnie menyatakan bahawa senarai penarik tali pasukannya terdiri daripada Zamirzan Jamain, Md Ibrahim Maspi, Christman Christbin, Stanie James Majanau yang juga kapten pasukan, Fredoline Metese, Lazarus Nelson Sahim, Royzanddy Anduli, Andy Gerald Pudin, Kevin Gerald Pudin dan Francis Abi.

Sementara itu, Trex Puller dikendalik­an pengurus pasukan Bennie James Majanau dan timbalan pengurus Udin Bakiwoh.

 ??  ?? TREX Puller dalam satu sesi latihan di Keningau.
TREX Puller dalam satu sesi latihan di Keningau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia