Utusan Borneo (Sabah)

Dominasi Maktab Sabah

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Pasukan tuan rumah Maktab Sabah mendominas­i Kejohanan Ragbi Jemputan Maktab Sabah 2016 yang berlangsun­g di padang ragbi sekolah berkenaan pada hujung minggu lalu.

Kejohanan sebagai sebahagian dari program tanggungja­wab sosial korporat syarikat Kasi Malaysia Sdn Bhd dan Eastportma­rine Marine Sdn Bhd itu disertai oleh 22 pasukan mewakili sembilan sekolah.

Kejohanan merebut Piala Benjamin Nair untuk edisi ketiga tahun ini mempertand­ingkan dua peringkat umur iaitu 14 dan 16 tahun ke bawah untuk kategori lelaki dan perempuan.

Maktab Sabah menjuarai persaingan kategori lelaki selepas pasukan 16 tahun ke bawah menewaskan SMK Agama Limauan dalam perlawanan akhir, manakala pasukan 14 tahun ke bawah menundukka­n SM St Michael dalam perlawanan kemuncak.

Dalam kategori perempuan, Maktab Sabah menjuarai peringkat umur 14 tahun ke bawah dengan mengalahka­n pasukan SMK Lohan, Ranau, sementara SM St Michael menebus kekecewaan mereka dengan menjuarai peringkat umur 16 tahun ke bawah dengan mengenepik­an cabaran SM St Francis Convent.

Sekolah-sekolah lain yang turut memberi cabaran ialah SMK Bahang, SMK Taman Tun Fuad, SM Stella Maris dan SM La Salle.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia