Utusan Borneo (Sabah)

La Liga: Gol Rakitic pastikan Barca sentak Bilbao

-

Tandukan Ivan Rakitic dalam separuh masa pertama memastikan Barcelona mengekalka­n permulaan sempurna dalam La Liga Sepanyol ketika juara bertahan itu menangani asakan demi asakan pada lewat permainan untuk menang 1-0 di Athletic Bilbao Ahad lepas.

Rakitic menamatkan satu pergerakan cantik pada minit ke-20 tetapi dengan Lionel Messi dan Luis Suarez kelihatan tumpul di barisan dengan serangan, Athletic hampir menjaringk­an gol penyamaan tetapi tendangan percuma Benat Etxebarria sedikit tinggi pada lewat permainan.

Barca menyertai Real Ma-

MADRID, Sepanyol:

drid dan pendahulu liga, Las Palmas di kelompok teratas selepas menjadi pasukan yang memenangi dua perlawanan pertama.

Atletico Madrid sudah ketinggala­n empat mata di belakang selepas seri pada dua perlawanan pertama – menentang dua pasukan pendatang baharu liga – Alaves dan Leganes.

“Permainan di sini hampir sama,” kata Rakitic.

“Ia sengit, banyak hantaran. Kedua-dua pasukan bermain dengan baik tetapi pada akhirnya, kami selayaknya menang.”

Masih tanpa Neymar, yang diberikan rehat tambahan selepas membantu Brazil meme- nangi pingat emas acara bola sepak lelaki di Sukan Olimpik Rio, dan Andres Iniesta yang cedera, Barca menunjukka­n kekuatan dalaman mereka musim ini dengan pemain baharu, Denis Suarez dan Samuel Umtiti beraksi dengan cemerlang sementara Arda Turan mampu memikul tugas sebagai pengganti Neymar untuk bermain bersama-sama Messi dan Suarez di jentera serangan.

“Dari segi rentak, ia permainan cukup menarik, bukan selalu ia berlaku di pusingan awal musim,” kata jurulatih Barca Luis Enrique.

“Keputusan menambah keyakinan kami. Ia sentiasa sukar apabila berdepan Ath- letic Bilbao di San Mames dan kerana itu saya berasa sangat gembira.”

Kepulangan Marc- Andre ter Stegen di pintu gol, menggantik­an Claudio Bravo yang berpindah ke Manchester City, adalah satu- satu pertukaran buat Barca dari perlawanan pertama di mana mereka membelasah Real Betis 6-2.

Ter Stegen beraksi buat kali kelapan dalam La Liga pada musim ketiganya di Barca kerana Bravo adalah penjaga gol utama sejak dua musim terakhir.

Walaupun dengan permulaan sempurna, Real Madrid dan Barca masih ketinggala­n di belakang Las Palmas selepas kelab dari Kepulauan Canary itu membelasah Granada 5-1 pada perlawanan kedua dan menewaskan Valencia 4- 2 pada perlawanan pertama.

Sevilla gagal meneruskan rentak dari kemenangan 64 ke atas Espanyol minggu lepas apabila hanya seri tanpa jaringan di Villarreal sementara Alaves juga masih belum tewas selepas seri tanpa jaringan dengan Sporting Gijon. — AFP

 ??  ?? ( kanan) meraikan jaringanny­a bersama rakan sepasukan pada perlawanan La Liga Sepanyol menentang Bilbao di Stadium San Mames di Bilbao pada Ahad lepas. — Gambar AFP
( kanan) meraikan jaringanny­a bersama rakan sepasukan pada perlawanan La Liga Sepanyol menentang Bilbao di Stadium San Mames di Bilbao pada Ahad lepas. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia