Utusan Borneo (Sabah)

The Citizens jinakkan West Ham 3-1 di Etihad

-

LONDON, England: Manchester City merampas pendahulua­n Liga Perdana Inggeris menjelang rehat bola sepak antarabang­sa ekoran kemenangan 3-1 ke atas West Ham United Ahad lepas.

Ketika ada banyak tarikan di Stadium Etihad, perlawanan awal di antara West Bromwich Albion dan Middlesbro­ugh berkesudah­an dengan seri tanpa jaringan di The Hawthorns.

Raheem Sterling mungkin menjadi salah seorang kambing hitam dalam kempen buruk England di Euro 2016, tiada siapa dapat menafikan kelicikann­ya di jentera serangan City apabila menjaringk­an dua gol.

Sterling membuka jaringan pada minit ketujuh sebelum Fernandinh­o menambah jaringan dari satu umpanan Kevin de Bruyne, 11 minit kemudian.

City boleh menambah jaringan ketiga sebelum Michail Antonio merapatkan kedudukan buat West Ham pada minit ke-57.

Tetapi ketika West Ham mengintai gol penyamaan, Sterling menjaringk­an gol ketiga apabila menerima umpanan David Silva.

“Lahir semula? Saya sering mendengar perkataan itu,” kata Ster- ling ket ika memberitah­u Sky Sports. “Ia adalah musim pertama yang sukar di kelab baharu tetapi pengurus kelab, Pep Guardiola sudah tiba dan memberikan saya banyak galakkan dan peluang melakukan serangan. Beliau malah mengkritik saya kerana tidak mengelecek sekerap yang saya mahu.” City mendahului liga dengan perbezaan gol berbanding Chelsea dan Manchester United, yang turut memenangi tiga perlawanan pertama berturut-turut musim ini. “Apabila anda melihat berapa banyak peluang yang kami cipta, mereka menjaringk­an gol dengan hanya dari peluang pertama,” kata Guardiola ketika memberitah­u penyiaran S k y Sports. “Mereka lebih tedengan satu pat peluang tetapi kami bermain dengan baik. Penyokong kami gembira dan kami berasa gembira,” tambah beliau, yang tidak melihat insiden di mana Sergio Aguero kelihatan menyiku pemain West Ham, Winston Reid.

Pengurus West Ham, Slaven Bilic berasa kecewa dengan permulaan perlawanan pasukannya.

“Kami tidak bermula dengan baik dan dengan serta- merta, City mempunyai banyak tendangan sudut dan kemudian menjaringk­an gol,” kata beliau.

Merujuk insiden melibatkan Aguero, Bilic menambah: “Saya tidak melihat insiden itu. Kami mahu mengubah strategi permainan di posisi benteng pertahanan juga ketika itu.”

Pengurus West Brom, Tony Pulis, berminat untuk memperkuat­kan lagi skuad menjelang penutupan pasaran perpindaha­n pemain pada tengah malam 1 September selepas pasukannya seri dengan Middlesbro­ugh.

“Kami harus mendapatka­n pemain baharu,” kata beliau.

Pengurus Boro, Aitor Karanka bagaimanap­un berasa gembira dengan rekod tanpa bolos yang pertama pasukannya musim ini ketika mereka mengekalka­n tempoh tanpa kalah sejak kembali ke Liga Perdana.

“Saya tidak suka pada 15 atau 20 minit pertama kerana kami tidak bermain dengan baik dan tidak bermain dengan semangat sebenarnya,” kata Karanka.

“Bagaimanan­apun, reaksi pemain selepas rehat adalah lebih baik.” — AFP

 ??  ?? STERLING gembira selepas menjaringk­an gol ketiga pasukannya pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Etihad, Manchester pada Ahad lepas. — Gambar Reuters PENYERANG West Brom, Saido Berahino (tengah) bersaing dengan dua pemain Boro pada aksi Liga...
STERLING gembira selepas menjaringk­an gol ketiga pasukannya pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Etihad, Manchester pada Ahad lepas. — Gambar Reuters PENYERANG West Brom, Saido Berahino (tengah) bersaing dengan dua pemain Boro pada aksi Liga...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia