Utusan Borneo (Sabah)

44,558 calon UPSR Sabah duduki ujian bermula 1 September

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Seramai 44,558 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Sabah menduduki ujian secara serentak bermula 1 September. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Maimunah Suhaibul berkata UPSR 2016 bermula secara serentak di seluruh negara bermula dengan sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). “Ia adalah bagi murid-murid yang mengambil mata pelajaran Bahasa Cina dan Tamil sahaja. “Manakala bagi sekolah-sekolah jenis Kebangsaan (SK) akan bermula pada 5 hingga 8 September,” katanya pada sidang media di sini kelmarin. Maimunah berkata sebanyak 1,086 pusat peperiksaa­n akan beroperasi di seluruh Sabah. “Daripada jumlah berkenaan, sebanyak 986 pusat peperiksaa­n bagi SK, SJKC 86 dan swasta 14. “JPNS juga melantik seramai 5,947 petugas peperiksaa­n yang terdiri daripada Penyelia Kawasan, Ketua Pengawas Peperiksaa­n, Timbalan Ketua Pengawas Peperiksaa­n, Pengawas Peperiksaa­n dan pengemas bilik bagi memastikan pengen- dalian peperiksaa­n ini berjalan dengan lancar serta mematuhi semua Prosedur Operasi Standard (SOP) peperiksaa­n yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata calon SK akan memduduki empat mata pelajaran meliputi enam kertas peperiksaa­n dan lapan bagi SJKC berbanding tahun sebelumnya.

“Ia adalah format baharu UPSR 2016 yang mana ia sejajar dengan pelaksanaa­n Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

“Ia juga melengkapi pelaksanaa­n Pentaksira­n Berasaskan Sekolah ( PBS) di samping membudayak­an unsur- unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), maka format peperiksaa­n UPSR 2016 yang baharu dan ditambahba­ik ini akan digunakan,” katanya.

Bagaimanap­un jelasnya, UPSR masih berbentuk ujian bertulis 100 peratus peperiksaa­n pusat seperti tahun-tahun sebelumnya.

Menurutnya format baharu UPSR 2016 adalah terdiri dari- pada ujian bertulis bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa lnggeris, Sains, Matematik, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.

“Ia bertujuan mentaksir pencapaian akademik murid seluruh negara dengan mematuhi standard yang ditetapkan.

“Jabatan Pendidikan yakin dan beranggapa­n perubahan ini tidak mengejutka­n guru-guru, murid dan ibu bapa kerana taklimat bagi kefahaman sudah diberikan kepada mereka sejak awal tahun lagi,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? MAIMUNAH (tengah) pada sidang media berkenaan.
MAIMUNAH (tengah) pada sidang media berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia