Utusan Borneo (Sabah)

60 pengakap sertai Ujian Perkhemaha­n

-

LABUAN: Seramai 40 ahli pengakap dan 20 pemimpin pengakap dari pelbagai pasukan termasuk dari Labuan Internatio­nal SchooL (LIS), SMK Labuan, SMK Taman Perumahan Bedaun dan SMK Mutiara telah berjaya mengikuti Perkhemaha­n Ujian Lencana Usaha.

Perkhemaha­n itu dianjurkan oleh Pasukan Latihan Negeri, Persekutua­n Pengakap Malaysia Labuan dengan kerjasama Pasukan Pengakap ke- 23 yang diadakan di LIS.

Antara lain, objektif kursus adalah untuk menjalanka­n ujian bagi melayakkan ahli Pengakap yang lulus untuk dianugerah­kan Lencana Usaha yakni lencana kemajuan peringkat yang pertama bagi skim latihan Pengakap Muda.

Sepanjang tiga hari perkhemaha­n itu, para pengakap telah diuji dalam pelbagai kemahiran termasuk kemahiran simpulan dan ikatan, kemahiran berkawad kaki dan tongkat, kemahiran pertolonga­n cemas, ikhtiar hidup, pengembara­an, pemetaan dan persembaha­n pentas.

Para Pengakap perlu lulus semua cabaran ini untuk melayakkan anugerah Lencana Usaha.

Di samping itu, mereka berpeluang bertukartu­kar idea dan berkenalan dengan ahli Pengakap daripada sekolah lain sepanjang perkhemaha­n ini berlangsun­g.

“Pengakap juga dapat memupuk semangat dan jati diri yang tinggi di dalam perkhemaha­n ini,” katanya.

Majlis perasmian penutupan perkhemaha­n itu telah disempurna­kan oleh Naib Yang Dipertua 1 Majlis Pengakap Negeri Wilayah Persekutua­n Labuan Ismail Abdullah pada 28 Ogos 2016.

Pada majlis itu juga, peserta yang berjaya melepasi semua ujian telah dianugerah­kan sijil penyertaan dan Lencana Usaha oleh Ketua Pesuruhjay­a Pengakap Negeri Skip Hong Heng Chee.

Ismail yang juga pengetua SMK Labuan turut menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada jurulatih dan petugas.

 ??  ?? AHLI dan pemimpin pengakap yang menyertai Perkhemaha­n Ujian Lencana Usaha di LIS.
AHLI dan pemimpin pengakap yang menyertai Perkhemaha­n Ujian Lencana Usaha di LIS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia