Utusan Borneo (Sabah)

Polis berkas suspek pengedar DVD/VCD cetak rompak

- Oleh AMIR ANUAR

SEMPORNA: Seorang suspek pengedar DVD/VCD cetak rompak bernilai RM6,000 diberkas polis di Stesen Bas Express Dyana, di sini, kirakira jam 7.30 pagi, 25 Ogos lepas.

Ketua Polis Daerah Semporna Supt Peter Umbuas berkata penahanan suspek berusia 24 tahun itu dibuat sepasukan Unit Strike Force IPD Semporna dalam Ops Ostrich.

“Suspek diberkas ketika sedang mengambil bekalan DVD/VCD pelbagai tajuk yang dikirim dari Kota Kinabalu menggunaka­n penghantar­an menerusi bas ekspres,” katanya di sini kelmarin.

Beliau berkata hasil pemeriksaa­n polis mendapati sebanyak 1,100 keping DVD/ VCD dipercayai cetak rompak tanpa perakuan Sijil B dijumpai dalam dua kotak berwarna coklat.

Berikutan penemuan itu, beliau berkata suspek kemudianny­a ditahan dan dibawa ke IPD Semporna bersama barang rampasan untuk siasatan dan tindakan lanjut.

“Hasil soal- siasat yang dijalankan, suspek mengaku DVD/VCD terbabit adalah miliknya dan kawannya yang melarikan diri sebelum turut dicekup oleh polis,” katanya.

Peter berkata berdasarka­n siasatan polis juga, pihaknya percaya kesemua DVD/VCD terbabit hendak dijual kepada orang awam di sekitar daerah ini.

Menurutnya kes itu disiasat mengikut Seksyen 6 (1) (a) Akta Penapisan Filem 2002 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 6 (2) (a) akta yang sama.

“Sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM30,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun penjara, atau keduaduany­a,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia