Utusan Borneo (Sabah)

Mubarak tidak gentar dengan keadaan politik semasa

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Majlis Bekas Wakil Rakyat( Mubarak) tidak gentar dengan keadaan politik semasa, sebaliknya akan terus menyokong kerajaan yang ada sekarang.

Presiden Mubarak Malaysia Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman berkata perjuangan badan dari segi perlembaga­an diwajibkan untuk menyokong kerajaan yang memerintah.

“Kita sebagai ahli Mubarak tidak boleh lari daripada tanggungja­wab itu dari dahulu sehingga kini kerana kita bekerjasam­a dengan kerajaan.

“Ahli yang kita ada terdiri daripada penyokong Barisan Nasional (BN), walaupun di Sabah dan Sarawak terdapat ahli yang berasal dari parti lain, tetapi kita sudah sebati dan akan terus menyokong kerajaan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan mesyuarat agung Mubarak cawangan Sabah ke-13, di sini kelmarin.

Beliau berkata Mubarak sangat berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sentiasa menjaga kebajikan ahli Mubarak yang semakin uzur.

Katanya kebajikan Mubarak sentiasa diutamakan selain pemberian pencen kepada ahli masih boleh diperbaiki.

Abdul Aziz berkata keahlian Mubarak di seluruh negara hanya tinggal 628 ahli dan Sabah hanya 58 orang.

“Keahlian semakin merosot disebabkan oleh faktor usia dan ada dalam kalangan mereka sengaja tidak mahu menjadi ahli dengan harapan dapat dicalonkan lagi pada pilihan raya akan datang,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau berkata sistem pemberian pencen kepada bekas wakil rakyat tidak sama seperti dahulu.

“Di negeri yang mempunyai sumber minyak, pencen yang diberikan adalah tinggi sebaliknya negeri lain dan negeri yang diperintah pembangkan­g, pencen yang diberikan adalah tidak sama.

“Saya berharap isu ini dapat diselesaik­an sebelum mesyuarat agung yang akan diadakan pada Oktober depan,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden merangkap Yang Dipertua Mubarak Sabah Datuk Yussof Manan berkata Mubarak Sabah masih relevan dan memainkan peranan penting dalam memberikan sumbangan kepada kerajaan.

Katanya walaupun dianggap sebagai ‘kerak’ atau tua tetapi ahli Mubarak masih sentiasa menyokong kerajaan.

“Di Sabah, kita berbangga dengan kerajaan yang ada kerana dipimpin oleh seorang pemimpin yang cemerlang.

“Baru- baru ini, kita mempunyai satu wakil di Lembaga Pengarah Petronas yang mana perjuangan inilah yang kita lakukan pada suatu ketika dahulu,” katanya.

Menurutnya isu terkini di Sabah seperti hak- hak Sabah hangat diperkatak­an dan Mubarak tidak boleh menghalang mereka yang memperjuan­gkan hak itu.

Katanya kini semua pihak boleh melihat bahawa sedikit demi sedikit permintaan Sabah daripada kerajaan Pusat ditunaikan.

“Kita mempunyai cara tersendiri untuk menyalurka­n permintaan sedemikian secara profesiona­l. Melalui saluran kerajaan negeri, kita boleh salurkan kepada kerajaan Pusat,” katanya.

 ??  ?? ABDUL Aziz menyampaik­an sumbangan khairat (kematian) kepada ahli Mubarak Sabah.
ABDUL Aziz menyampaik­an sumbangan khairat (kematian) kepada ahli Mubarak Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia