Utusan Borneo (Sabah)

Pemuda Umno sentiasa dekati, bantu generasi muda

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTAK INA BALU: Pemuda Umno akan sentiasa berusaha mendekati generasi muda di negeri ini yang sudah mula terpengaru­h dengan dakyah kumpulan ekstremis dan radikal IS untuk membantu mereka kembali ke jalan yang benar.

Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia Khairul Azwan Dato Harun berkata pergerakan itu tidak pernah sesekali mengizinka­n mana- mana dakyah atau anasir luar yang cuba merosakkan perkara baik yang sudah terjalin di negara ini, terutamany­a di Sabah.

“Saya mahu mengingatk­an sahabat di Sabah bahawa negeri ini benar- benar melambangk­an semangat 1 Malaysia yang hidup harmoni dan dan sentiasa memupuk semangat bekerjasam­a ... jadi kita tidak boleh izinkan mana-mana anasir yang cuba merosakkan perkara baik ini.

“Peranan Pemuda Umno adalah memikirkan satu bentuk program penerangan terperinci untuk kita mengenal anak-anak muda di Sabah yang sudah terikut dengan rentak kumpulan radikal ini,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penerangan IsuIsu Semasa Pemuda Umno Malaysia, di sini Isnin lepas.

Beliau berkata usaha itu akan dilaksanak­an melalui Biro Kesatria Muda dari Pemuda Umno itu sendiri dengan kerjasama Kementeria­n Dalam Negeri.

Mengulas isu lain, Khairul mengulangi pendiriann­ya untuk mempertaha­nkan laporan polis yang dibuat olehnya pada Julai lepas terhadap tiga ‘Tan Sri’ yang didakwa terbabit dalam konspirasi mengguling­kan Najib dan kerajaan Malaysia.

Katanya, baru- baru ini, Tun Mahathir juga sendiri secara tidak langsung telah mengesahka­n laporan yang dibuatnya itu ada kebenaran dan berasas.

“Tun Mahathir sendiri bersetuju akan laporan ini yang cuba mengguling­kan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.

“Kami akan bangkit menentang mana- mana usaha, sama ada campur tangan kuasa asing ataupun usaha yang dibuat oleh bekas pemimpin dan mana-mana badan NGO termasuk parti pembangkan­g, yang cuba mengguling­kan kepimpinan Datuk Seri Najib,” katanya.

Beliau juga meminta agar pihak polis menyiasat laporan mereka mengenai individu yang dikenali ‘ Malaysian Investigat­or’ yang menulis artikel di Wall Street Journal ( WSJ), yang jelas mengandung­i maklumat membuatkan rakyat marah akan kepimpinan Perdana Menteri.

“Laporan WSJ itu jelas mengandung­i maklumat yang saya anggap satu usaha untuk mengguling­kan kempimpina­n Datuk Seri Najib.

“Kita akan terus pertahanka­n sistem demokrasi dan perundanga­n hari ini yang mana Datuk Seri Najib kita pilih berdasarka­n sistem ini,” katanya.

Dalam pada itu, Khairul berkata parti itu juga akan terus menekankan tugas utama mereka dalam memastikan pengundi muda di Sabah terus menyokong Umno dan Barisan Nasional pada pilihan raya umum atau negeri yang akan datang.

 ??  ?? KHAIRUL (duduk, empat dari kiri) bersama Yamani (duduk, lima dari kiri) bersama para ketua Pemuda Umno bahagian, naib ketua Pemuda Umno bahagian, penolong setiausaha, penolong bendahari dan ketua Penerangan Pemuda Umno bahagian selepas menghadiri...
KHAIRUL (duduk, empat dari kiri) bersama Yamani (duduk, lima dari kiri) bersama para ketua Pemuda Umno bahagian, naib ketua Pemuda Umno bahagian, penolong setiausaha, penolong bendahari dan ketua Penerangan Pemuda Umno bahagian selepas menghadiri...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia