Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki dipenjara 36 bulan

Kerana mencuri dompet milik seorang lelaki

-

KOTAK INA BALU: Seorang lelaki dikenakan penjara 36 bulan, oleh Mahkamah Majistret di sini kelmarin, atas kesalahan mencuri dompet seorang lelaki.

M oh d Nazir Maha muda ,38, dijatuhkan hukuman itu oleh Majistret Stephanie Sherron Abbie, selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Hukuman yang diperuntuk­kan sekiranya disabitkan bersalah, boleh dikenakan penjara sehingga tempoh tujuh tahun atau denda, atau dengan keduaduany­a sekali.

Tertuduh mencuri dompet mangsa yang berusia 30 tahun yang mengandung­i MyKad, lesen memandu, wang tunai sebanyak RM200 dan kad ATM, pada 27 Ogos lalu di Kampung Air, di sini.

Dalam rayuan, Mohd Nazir memohon hukumannya diringanka­n kerana perlu menanggung lima anak yang masih bersekolah.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian pengadu meletakkan kenderaann­ya berdekatan dengan Mahkamah Kota Kinabalu.

Namun secara tiba-tiba, seorang lelaki datang dan mengambil beg milik pengadu yang diletakkan di hadapan kerusi penumpang.

Bertindak atas maklumat, pihak polis berjaya menangkap tertuduh pada hari sama kira-kira jam 9 malam.

Mahkamah bagaimanap­un, memerintah­kan Mohd Nazir menjalani hukuman bermula dari tarikh ditangkap.

Sementara itu, seorang lagi lelaki dikenakan penjara 12 bulan, oleh mahkamah selepas mengaku bersalah menyimpan harta curi.

Mohd Iezram Hashim, 22, didapati menyimpan sebuah vakum yang dipercayai dicuri daripada sebuah syarikat menjual kereta terpakai.

Kesalahan itu dilakukan pada 23 Ogos tahun ini jam 3.45 petang, di City Used Car Dealer, Wisma Alif, Putatan.

Untuk itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga tempoh tujuh tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Dalam kes berasingan, seorang lagi lelaki warga asing dijatuhkan hukuman penjara lima bulan atas kesalahan memiliki peralatan pertaruhan judi haram.

Husein Taslim, 32, mengaku bersalah memiliki enam helai kertas kecil tercatat pertaruhan perjudian bola sepak Piala Euro 2016, lima jadual perlawanan, wang sebanyak RM684 dan sebatang pen.

Tertuduh didapati melakukan kesalahan itu pada 10 Julai tahun ini jam 6.30 petang di kaki lima pasar ikan, Putatan.

Atas pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Pertaruhan 1953, yang boleh dikenakan denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga tempoh enam bulan, atau keduaduany­a sekali.

Mahkamah memerintah­kan Husein menjalani hukuman itu bermula dari tarikh ditangkap dan dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk tindakan selanjutny­a.

Semua pendakwaan terbabit dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Insp Lim Swee Beng.

 ??  ?? Oleh CLARICE USOP
Oleh CLARICE USOP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia