Utusan Borneo (Sabah)

Pemuda ugut abang dipenjara seminggu

-

KOTA KINABALU: Seorang pemuda yang bertindak mengugut abangnya, dikenakan penjara seminggu, oleh Mahkamah Majistret di sini kelmarin.

Majistret Stephanie Sherron Abbie menjatuhka­n hukuman itu terhadap Mohammad Shahfizie Petrus Abdullah, 27, selepas mengaku bersalah.

Tertuduh mengugut akan mencederak­an mangsa yang berusia 29 tahun, pada 24 Ogos tahun ini jam 10 pagi, di sebuah rumah, Taman Keramat, di sini.

Oleh itu, Mohammad Shahfizie disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 8 (1) Ordinan Kesalahan Kecil Negeri Sabah, yang boleh didenda maksimum RM25 atau penjara seminggu.

Berdasarka­n fakta kes, pengadu membuat laporan polis, semasa bersiap ke tempat kerja, anaknya secara tiba-tiba menendang pintu bilik.

Selepas itu, tertuduh keluar dan menuju ke balkoni dapur dan pengadu mendengar bunyi serta melihat anaknya membalingk­an sebilah pisau ke arah bawah rumah.

Pengadu melihat anak sulungnya berada di bawah rumah dan tertuduh keluar dari rumah membawa sebatang paip mengejar mangsa.

Bagaimanap­un, mangsa berjaya melarikan diri dan pengadu menyuruh anaknya menghubung­i pihak polis.

Hasil siasatan, tertuduh adalah anak kedua pengadu yang merupakan seorang kaki botol dan disyaki penagih dadah.

Dalam kes berasingan, seorang lagi lelaki pemegang kad IMM13 didakwa atas pertuduhan mengugut seorang wanita.

Mahkamah menetapkan pada 11 Oktober tahun ini sebagai pengurusan kes terhadap Abd Kader, 25, selepas mengaku tidak bersalah.

Tertuduh didakwa mengacukan gunting dan cerpihan kaca kepada seorang wanita berusia 18 tahun, yang boleh menyebabka­n kematian.

Kesalahan itu dilakukan pada 20 Ogos tahun ini jam 4 pagi, di sebuah rumah pekerja, Penampang, di sini.

Ataas kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga tempoh tujuh tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Sementara menunggu kes berkenaan selesai, mahkamah memerintah­kan tertuduh terus direman mengikut Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayah.

 ??  ?? MOHAMMAD SHAHFIZIE
MOHAMMAD SHAHFIZIE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia