Utusan Borneo (Sabah)

Terbit artikel berbaur hasutan, presiden ISMA didenda RM2,000

-

KAJANG: Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Abdullah Zaik Abd Rahman didenda RM2,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, kelmarin kerana menerbitka­n artikel berbaur hasutan yang dimuat naik melalui laman web, dua tahun lepas.

Hakim Mahkamah Sesyen Noridah Adam membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulka­n keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

“Setelah menimbang hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan, mahkamah mendapati pembelaan gagal menimbulka­n keraguan munasabah. Mahkamah dengan ini mendapati tertuduh bersalah dan disabit dengan pertuduhan pilihan,” katanya.

Mahkamah turut memerintah­kan Abdullah Zaik dipenjara dua bulan jika gagal membayar denda. Dia membayar denda itu.

Seramai tujuh saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan pada perbicaraa­n kes itu.

Terdahulu, peguam Salim Bashir yang mewakili tertuduh, memohon mahkamah menjatuhka­n hukuman denda paling minima kerana ini kali pertama anak guamnya disabitkan dengan kesalahan di mahkamah.

“Pohon mahkamah mengambil kira kesalahan yang dilakukan tertuduh

yang telah berkahwin dan mempunyai sembilan anak selain tidak melibatkan pertumpaha­n darah mahupun kekerasan jenayah,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Izwan Ariff Ibrahim memohon mahkamah menjatuhka­n hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat kerana khuatir kenyataan hasutan jika berterusan akan menyebabka­n kepincanga­n dalam masyarakat.

Abdullah Zaik didakwa atas pertuduhan pilihan iaitu menerbitka­n artikel berbaur hasutan bertajuk ‘ Kedatangan pendatang Cina bersama penjajah British satu bentuk

penceroboh­an’ melalui laman webnya di Jalan Medan Pusat Bandar 1A, Bandar Baru Bangi, dekat sini antara 3 petang hingga 3.30 petang, 6 Mei 2014.

Pendakwaan mengikut Seksyen 4(1)( c) Akta Hasutan 1948 itu memperuntu­k hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga lima tahun atau keduaduany­a.

Pada 16 Mei lepas, mahkamah sama melepaskan dan membebaska­n Abdullah Zaik daripada pertuduhan mengeluark­an kenyataan menghasut berhubung kedatangan kaum Cina dan British ke Tanah Melayu selepas pendakwaan gagal membuktika­n kes

prima facie terhadapny­a.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia